Tuesday, 9 August 2011

Motivasi Kerja: Adakah Anda Seorang "Magnifier"?

     Dek kerana berlainan personaliti dan penampilan, tercetuslah konflik sesama kita, baik di dalam pengurusan pejabat mahupun organisasi. Persatuan masjid pun bergolak, jangan tak tau. Konflik manusia adalah yang paling kerap kita hadapi. Pelbagai kerenah manusia akan kita jumpa. Masing-masing punya gaya kerja tersendiri. Ada yang “cool”, ada yang “slow”, ada yang laju sepanjang masa, ada juga yang pasif. Akibat tidak memahami gaya kerja rakan kita, itulah menyebabkan timbulnya situasai kurang harmoni.
     Salah satu fenomena berkaitan gaya kerja dalam organisasi dikenali sebagai “magnifier”. Sama anda atau rakan seangkatan anda yang menghidap penyakit “magnifier” ini, jom kita analisis. “Magnifier” adalah perkataan Bahasa Inggeris yang bermaksud “kanta pembesar”. Secara amnya, kesan kanta pembesar ialah dapat membesarkan imej untuk tatapan yang lebih jelas. Sekecil semut pun dapat kita lihat dengan jelas dengan menggunakan kanta pembesar. 

     Analoginya? Jika dibawa ke dalam situasi pengurusan, “magnifier” ialah mereka yang suka membesarkan skop kerja dan tugasan mereka. Mudahnya, mereka suka buat kerja melebihi apa yang sepatutnya mereka buat. Sebagai contoh, jika kita meminta rakan seorganisasi kita menjadi “proofreader” untuk tugasan kita, misalnya “proposal”, dia bukan sahaja memeriksa bahasa, format dan kandungan bahkan menukar terus segalanya menjadi sesuatu yang baru. Dah jadi proposal dia pulak! Ini ciri-ciri pertama seorang “magnifier”
     Ciri-ciri kedua seorang “magnifier” ialah kelewatan menyiapkan tugasan. Lazimnya,  “magnifier” mengembangkan skop kerja menyebabkan mereka melebihi masa yang sepatutnya dan "deadline" yang ditetapkan. Contohnya, seperti situasi di atas, masa yang diperlukan untuk menyemak “proposal” anda sepatutnya sekejap saja, tetapi mereka mengambil sampai berhari-hari, lagi teruk sampai seminggu untuk menyiapkan tugasan semudah itu. Ini kerana mereka membesarkan skop tugasan mereka kepada yang tidak sepatutnya dan luar daripada yang diminta.

     Jadi, adakah seorang “magnifier”? Atau rakan anda seorang “magnifier”? Seorang “magnifier” sebenarnya menekan diri sendiri kerana mereka menyibukkan diri mereka dengan tugasan yang tidak perlu. Mereka akan tertekan memikirkan tugasan yang dibanyakkan oleh mereka sendiri yang belum selesai. Mereka berasakan tidak cukup waktu untuk menyiapkan tugasan tersebut, lalu terlebih “deadline”. Kerja dan pengurusan masa mereka menjadi kian tertekan dan serabut. Selain itu, mereka juga akan membuat orang sekeliling tertekan dan marah kerana tugasan yang sepatutnya siap mudah dan cepat bertangguh lamanya.

     Penyelesaian? Bagi menangani golongan ini, tekankan secara serius “deadline” kerja mereka. Jika tidak dipatuhi “deadline” denda akan dikenakan. Selain itu, rungkaikan secara jelas dan terperinci skop tugasan dan prioriti yang perlu dijalankan. Elakkan memberi arahan secara general kepada mereka seperti “Tolong semak report ni sebentar”, nyatakan secara spesifiknya apa yang perlu mereka lakukan dan apa hasil atau "outcome" yang dijangkakan. Dan, langkah terbaik ialah pecahkan skop kerja mereka kepada beberapa siri dan tetapkan “deadline” untuk setiap siri kerja mereka. Ingat, anda bukannya memberi kerja yang kurang tetapi mengecilkan kerja mereka kepada saiz yang sepatutnya. Mereka melihat semuanya adalah penting dan perlu diberi perhatian, maka tugas anda melaraskan fokus mereka kepada yang sepatutnya dengan pemecahan skop tugasan.

     Bagi “magnifier” di luar sana, usah bebankan diri anda dengan tugasan yang tak sepatutnya. Dan bagi anda yang mempunyai “magnifier” dalam organisasi anda, bantu mereka melihat dengan lebih jelas tugas mereka. Menghilangkan penyakit “magnifier” bakal memuncakkan prestasi dan produktiviti anda dan organisasi anda. Jadilah tenaga kerja yang produktif, tenaga kerja yang terhebat!

Hustle up and be GREAT!
Salam transformasi daripada,

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More