Sunday, 13 November 2011

7 Sebab Mengapa Doa Tidak Dimakbulkan

     Assalamualaikum..Puas berdoa namun belum termakbul? Mungking ada yang tertanya-tanya kerana dikatakan dalam Al Quran "berdoalah kepada Ku nescaya Aku akan kabulkan", namun sehingga kini masih menanti harapan menjadi realiti. Sekadar berdoa sahaja bukan syarat gerenti doa akan dimakbulkan. Yok kita tengok mengapa doa sesetengah daripada kita ditolak oleh Allah. Ada 7 sebab mengapa doa tidak dimakbulkan oleh Allah:
  1. Kamu telah melakukan amal yang memurkakan Allah SWT dan tidak bertaubat serta tidak menyesalinya.
  2. Kamu mengakui kamu hamba Allah SWT tetapi kamu tidak berlaku sebagai seorang hamba Allah SWT yang patuh kepada majikanNya.
  3. Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak memerhatikan perintah-perintah dan larangan-larangan yang terkandung di dalam Al-Quran Nul Karim.
  4. Kamu mengakui sebagai umat Nabi Muhammad SAW tetapi tidak berminat untuk melakukan sunnah Rasulullah SAW dan kamu masih tetap makan benda yang haram.
  5. Kamu mengakui dunia ini tidak bernilai di sisi Allah SWT walau sesayap nyamuk tetapi kamu masih berasa tenteram dan nyaman di dalamnya.
  6. Kamu berkata dunia ini akan hilang tetapi kamu berbuat seakan-akan kekal selamanya.
  7. Kamu mengakui Akhirat lebih baik daripada dunia tetapi kamu tidak bersungguh-sungguh dalam usaha amal Akhirat, bahkan kamu tetap mengutamakan dunia daripada Akhirat.
Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 612.

     Nah, demikianlah sebabnya menjadikan doa kita tidak ditunaikan oleh Allah. Seharusnya kita sentiasa penuhi hakNya untuk mengiringi segala doa dan pengharapan kita. Yang pasti, Allah Maha Pemurah. Teruskan berdoa, teruskan bertawakkal, dan tingkatkan kebaikkan. Insyaallah..


Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More