Friday, 11 November 2011

Kisah: “Adakah Muhammad Pernah Belayar Di Lautan?”

     Assalamualaikum..WS mengharapakan anda semua dalam keadaan sejahtera dan hebat. Hari ini kita akan bercerita sedikit untuk meransang motivasi diri kita yang hebat ini. Begitu banyak kisah-kisah motivasi boleh kita dapati dalam buku-buku, ceramah, drama dan yang paling mudah, tanya Prof Google la. Macam-macam sumber yang boleh diakses. Jadi, gunakan sebaik mungkin. Untuk kali ini, WS ingin membawakan kisah seorang saintis Barat yang kehairanan akan mukjizat Al Quran lantas mengisytiharkan syahadah. Kehairanan tentang apa? Ha, yok kita sambung cerita.
     Diceritakan oleh Muhammad Ali al Sabuni dalam kitabnya Safwah al Tafasir, terdapat seorang saintis Barat yang terpegun dengan sepotong ayat Al Quran. Saintis terbabit membaca ayat Al Quran dalam surah An Nur, ayat 39-40. Dalam ayat tersebut, Allah telah berfirman: 

     “ Dan orang kafir itu amalan mereka laksana fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh mereka yang dahaga, tetapi apabila dia dating ke temapt itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya it dan dia tetap mendapati (ketetapan) Allah di sisinya, lalu Allah memberikan perhitungan amalan dengan cukup dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya. Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam yang diliputi ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan; gelap gelita bertindih-tindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, (dan) sesiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikit pun.”
     Membaca ayat terbabit, saintis berkenaan, “Adakah Muhammad pernah berlayar di lautan?” Jawapannya tentulah tidak. Mengetahui hakikat ini, saintis tersebut menyatakan “Aku bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah.” Apabila ditanya apa yang mendorong beliau begitu yakin menyatakan sedemikian, maka dijawab oleh saintis itu:

     “Gambaran keadaan di lautan yang dalam tidak dapat diketahui oleh sesiapa pun kecuali bagi mereka yang sepanjang hidupnya belayar di lautan, yang dapat menyaksikan segala macam situasi yang bahaya ketika melakukan pelayaran. Namun apabila aku diberitahu bahawa Muhammad tidak pernah belayar di lautan, maka aku yakin bahawa ayat Al Quran tersebut bukan dicipta oleh Muhammad, sebaliknya ia benar-benar kata-kata daripada Allah s.w.t.”
     Betapa hebatnya mukjizat Al Quran yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad. Masyaallah. Namun, ramainya Muslim yang mencemari kehebatan dan keagungan kitab suci Allah dengan mencuaikan segala perintah dan larangannya. Ternyata, Islam hanya pada IC, bukan pada hati. Al Quran hanya pada pandangan mata, bukan dalam minda. Al Quran adalah penyuluh hidup kita, kembalilah kepadanya sebelum Malaikat Izrail datang menjengah. Al Quran, panduan hidup bersyariat. 

*Kisah dipetik daripada Majalah Solusi, Isu 36, karangan Ustaz Mohd Sukki Othman.

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

2 comments:

tunz said...

dalam isu 36 ni mama muhasabah diri dgn artikel tentang rahsia dan kelebihan solat subuh oleh ustaz Pahrol...moga segala ibadahku, hidup dan matiku hanya kerana mu ya Allah....

Warkahsiber said...

Insyaallah, mama..=)..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More