Kuantan: “Saya ikhlas memberi separuh daripada wang sumbangan yang saya terima ini kepada rakan karib saya,Danish Din Alawi, untuk membantunya membuat persiapan persekolahan tahun depan. Saya tahu keluarganya kurang berkemampuan,” kata Muhammad Zal Zikri Mohd Radzi, 10. Muhammad Zal Zikri yang juga murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Setongkol itu sudah mendapat keizinan ibunya, Norizan Razali,48, sebelum menyerahkan sebahagian daripada wang RM 100 yang diterima itu kepada rakan karibnya itu yang juga anak kepada seorang pencari besi buruk.
Menurut Muhammad Zal Zikri, kemiskinan hidup rakannya itu membuatnya terpanggil untuk memberi separuh daripada wang bantuan awal persekolahan 2011 yang diterima tanpa memikirkan balasan daripada keluarga rakannya itu. “Saya simpati dengan kesusahan hidupnya dan tidak merasa terbeban untuk terus membantuya selagi ibu mengizinkan saya saya berbuat demikian,” ujarnya yang kelihatan malu-malu ketika ditemui di sekolahnya di sini.
*Dipetik daripada: Harian Metro,16 November 2011, halaman 12A
Wah, hebatnya beliau. Seusia 10 tahun sudah mengerti makna pemberian. Tidak langsung berat tangannya menghulurkan buat yang memerlukan. Namun, bagaimana dengan kita? Adakah kita punyai hati seperti beliau? Adakah kita terlalu sayangkan harta sehingga lokek untuk bersedekah kepada yang memerlukan? Jika ya, ternyata malulah kita kepada kanak-kanak ini yang lebih menghargai nilai kemanusiaan daripada nilai kebendaan. Usah rakus mengejar wang dan harta sehingga dipinggir rasa simpati dan belas sesama manusia. Hukurkan tangan, ringankan beban. Mereka perlukan kita.
Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,
0 comments:
Post a Comment