Tuesday, 8 November 2011

Study Skill: Belajar “Last Minute”

     Assalamualaikum..Minggu depan akan bermulanya SPM. Itu untuk pelajar-pelajar tingkatan 5. Bagi pelajar-pelajar yang di universiti, kolej mahupun maktab, mereka juga sedang mengharungi musim peperiksaan. Ada yang peperiksaan pertengahan semester, ada juga peperiksaan akhir semester.  Dalam menghadapi peperiksaan, belajar “last minute” sememangnya menjadi adat para pelajar. Bukan tak mahu belajar awal-awal, tapi takde cabaran belajar awal-awal. “Last minute” baru mencabar. Falsafah sebahagian besar pelajar. (Ehem, termasuk WS juga,hehe).Jadi, ini tips untuk belajar “last minute”. Jom baca.
     Nak belajar kena baca buku. Tapi, masyaallah, bukan main tebal bukunya. Punyalah banyak nak kena baca, padahal masa semakin suntuk. Jadi, bagaimana? Untuk anda, waktu sekarang bukan lagi waktu anda bersantai membaca.anda seharusnya meningkatkan semaksimum mungkin kelajuan bacaan anda untuk mengejar waktu yang semakin suntuk. Meter kelajuan bacaan anda sepatutnya semakin laju. Antara cara melajukan bacaan anda ialah membaca idea, bukannya perkataan.

     Kita kerap kali membaca petikan yang berjela-jela panjangnya, namun isi yang hendak disampaikan hanyalah satu. Ternyata, ini membazir masa anda. Anda tidak perlu membaca setiap perkataan kerana otak anda telah pun mempunyai simpanan kebanyakkan perkataan yang ditulis tersebut? Tak percaya? Cuba baca ini:
  • Emak _____ kereta untuk _____ adik ke _____. 
  • Abu ______ nasi di _____ makan.
  • Ayh prgi melancg bersama rkn pjbtnya.
Tanpa jawapan yang dilampirkan, anda masih faham ayat tersebut bukan? Kenapa? Anda tidak memerlukan perkataan untuk memahami ayat tersebut tetapi idea ayat itu yang membuatkan anda dapat menafsir maksudnya. Anda tidak perlu membaca setiap satu perkataan. Kenal pasti idea utama setiap yang anda baca. Fahamkan idea tersebut. Anda akan lebih ingat dan faham.
     Jadi, usah risaukan jumlah perkataan yang perlu anda baca, yang penting kenal pasti idea yang ingin disampaikan. Anda kekurangan masa, jadi maksimumkan semungkinnya skil anda untuk memaksimumkan pemahaman anda. Semoga anda berjaya dalam peperiksaan anda. All the best, guys!

Buat pengunjung-pengunjung Laman Motivasi #1 Anda, sekiranya anda mempunyai persoalan untuk diajukan kepada WS, klik Tanya@Warkah. Insyaallah, persoalan anda akan mendapat respon daripada WS.  

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More