Wednesday 2 November 2011

Tidur Orang HEBAT

     Assalamualaikum..Orang kata “Hari yang indah, bermula dengan tidur yang indah”. Betul ke? Yup, sangat-sangat betul. Selalu kita dengar, untuk tidur dan rehat yang cukup, hendaklah kita tidur 6-8 jam mengikut umur. Bagi mereka yang dewasa, dinasihatkan tidur 6 jam. Tapi, ramai je yang lebih masa, tambah-tambah bila cuti “weekend”. Mau tengah hari baru bangun. Opps, yang itu WS takde komen.hehe. Untuk kali ini, kita akan berbincang mengenai kualiti tidur yang mempengaruhi kualiti hidup. Yang bakal menjadi pangkal perbincangan bukanlah jumlah jam yang kita tidur, tetapi posisi kita tidur.
     Kebiasaannya, ada 4 posisi tidur yang digemari manusia. Tidur meniarap, tidur menelentang, tidur mengiring sebelah kiri dan tidur mengiring sebelah kanan. Ada posisi lain lagi? Yang itu WS tak tahu pulak. (Teringat filem Seniman Bujang Lapok, Ajis tidur menonggeng. Hehe.) Setiap posisi ini mempunyai kesan terhadap kualiti tidur kita.
  1. Tidur Meniarap: Tulang belakang kita akan menghalang otot dada berkembang semasa menarik dan menghembus nafas. Kesannya, bakal mengakibatkan paru-paru dan otak kekurangan oksigen.
  2. Tidur Menelentang: Posisi yang paling popular, namun ramai tidak menyedari posisi ini menyebabakan otot rahang merenggang dan mulut akan sentiasa terbuka. Kesannya, oksigen akan disedut melalui mulut bukannya hidung menyebabkan penyedutan udara tanpa bertapis. Memungkinkan penyakit serta jangkitan kuman pada paru-paru. 
  3. Tidur Mengiring Sebelah Kiri: Posisi ini akan membuatakan jantung yang berada di sebelah kiri tertindih oleh paru-paru yang lebi besar. Ini akan melemahkan denyutan jantung serta berbahaya bagi mereka yang mempunyai sakit jantung. 
  4. Tidur Mengiring Sebelah Kanan: Posisi ini adalah posisi yang terbaik untuk memastikan kualiti tidur yang maksimum. Bahkan, Rasulullah juga berpesan, “Apabila kamu hendak tidur, ambillah wuduk sepertimana kamu hendak menunaikan solat, kemudian berbaringlah dengan mengiring ke sebelah kanan.” 
      Tidur yang berkualiti bakal menjadikan permulaan hari yang hebat. Ingat, anda tidak akan memenangi hari anda dengan kehebatan andai permulaan anda tidak hebat. Jadi, hebatkan kualiti tidur anda, hebatkan prestasi anda. A GREAT day starts with a GREAT sleep. All the best, guys!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

2 comments:

azu said...

kalo tido 8-9jam tu normal ke bg dewasa..hihi, kdg2 tertido sekali bila tidokan si kecik.;)

Warkahsiber said...

hehe..comel,dua2 t'tido..=)..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More