Friday 2 December 2011

3 Sahabat Peneman Setia

     Assalamualaikum..Sekian lama WS menunggu kemunculan sahabat-sahabat WS ni, akhirnya mereka pun tiba. Alhamdulillah. Wah, bukan kepalang seronok lagi bila diberitahu kedatangan mereka. Siapa tak seronok dapat jumpa sahabat kan? Apa lagi, dah sahabat yang dinanti sekian lama muncul, dengan segeranya WS menyambut kedatangan mereka. Ha, dari tadi dok bercakap sahabat WS ni je, kenal ke? Mai cek nak habaq sapa sahabat-sahabat cek yang cek teruja sungguh ni. Tentulah sahabat peneman setia masa senggang WS, Majalah Solusi, Majalah GenQ dan yang terbaru, Majalah Q&A. Padat dengan info, penulisan ditangani kolumnis-kolumnis hebat, memberi inspirasi, sudah tentunya menjadi pilhan setia WS. Yok kenal sahabat-sahabat WS ni.

     Majalah Solusi Isu 38 adalah isu yang terbaru diterbitkan. Sememangnya, majalah ini sangat terkenal dan menjadi pilihan ramai pembaca kerana menghimpunkan penulisan pakar-pakar dan ilmuan terkenal di negara kita. Isu utama yang diketengahkan pada keluaran kali ini ialah kebenaran syurga. Ketua editor, Ustaz pahrol Juoi menampilkan bukti-bukti daripada dalil Al Quran dan Hadith bagi menunjukkan pada para pembaca akan kebenaran balasan syurga. Paling menarik perhatian ialah isu kebenaran syurga yang menjadi sumber motivasi buat para Muslim menjadi insan yang lebih baik.
     Isu-isu lain yang disisipkan dalam edisi kali ini antaranya permasalahan riak dan takbur, perihal menutup aurat tapi jahat,murtad, dan pelbagai lagi. Menariknya, isu yang ditampilkan adalah isu-isu yang segar dan kena dengan konteksnya. Di saat cuti sekolah menyaksikan meriahnya kenduri kahwin, ditampilkan isu pengurusan kenduri kahwin. Begitu juga dengan isu semasa homoseksual yang digarap oleh Dr Harlina. 

     Jika penulisan majalah Solusi lebih dewasa dan intelek, Majalah GenQ menampilkan gaya penulisan yang lebih remaja. Ini sesuailah dengan targetnya yang mensasarkan pembaca daripada gologan remaja. Pemilihan warna, grafik dan “layout” yang lebih ringkas dan ilustrasi kartun nyata menarik minat golongan remaja. Isu yang ditampilkan juga relevan pada peringkat remaja. Kali ini, isu 04 GenQ mengetengahkan isu penyelewengan teknologi di kalangan remaja.
     Pelbagai contoh penggunaan gajet di kalangan remaja dikaitkan dengan etika dan penggunaan yang betul daripada sudut pandang Islam. Ternyata isu yang ditampilkan sangat relevan berdasarkan tahap pendedahan dan penggunaan gajet di kalangan remaja kini. Tanpa set etika dan moral yang betul, penggunaan teknologi boleh mendatangkan bahana dan dosa di kalangan remaja.

     Sahabat terbaru WS ialah Majalah Q&A. Q&A bermaksud Question and Answer. Ini merupakan isu perdana iaitu edisi pertama majalah ini. Mengangkat tema “Merungkai Persoalan Membetul Amalan”, majalah ini tampil dengan konsep penulisannya tersendiri. Jika Solusi dan GenQ menampilkan koleksi artikel tulisan panel, Q&A berkonsepkan sesi soal jawab. Artikelnya tampak ringkas dengan tiada “bunga-bunga” ayat. Setiap artikel dibina dengan format soalan dan jawapan.
     Isi yang ingin diketengahkan ditulis dalam bentuk soalan dan dijawab oleh para kolumnis. Pembaca akan lebih jelas dengan huraian kepada segala permasalahan. Panel kolumnis Q&A juga terdiri daripada mereka yang berwibawa, dan antara tarikan utamanya ialah penampilan Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Kazim Elias Al Hafiz sebagai antara penulis majalah ini. Permasalahan Aqidah, Feqah, Ibadah, alam ghaib dan pelbagai cabang ilmu Islam menjadi isi utama majalah ini. Contohnya, persoalan tentang solat oleh Ustaz Kazim dan persoalan Feqah yang dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus.

     Jadi, buat rakan-rakan, jangan lupa dapatkan sahabat-sahabat WS ni untuk menjadi peneman sejati anda juga. Banyak manfaatnya berteman dengan ilmu. Menambah pengetahuan, mengukuh pemahaman, memperbanyak pahala. Usah lokek duit untuk ilmu, kerana ilmu adalah aset sepanjang hayat di dunia dan juga akhirat. So guys, jom baca!=)..

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

2 comments:

tunz said...

mama pun baru dptkan solusi ptg td...

Warkahsiber said...

Bestkan..=)..Kalau berkesempatan, tryla dapatkan Q&A pulak..hehe..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More