Monday, 5 December 2011

GREAT Leadership: Formula Abu Bakar Memilih "Leader" HEBAT

     Assalamualaikum..Wah, bising sekarang seantero negara dengan desas-desus pilihan raya. Pilihan raya, medan memilih pemimpin negara. Pemilihan pemimpin bukan sahaja tertakluk pada skop pemerintahan negara, bahkan di peringkat jabatan, bahagian, sekolah, kelab, termasuk juga AJK masjid.  Pemilihan pemimpin yang TEPAT bakal memandu organisasi anda ke arah yang HEBAT. Untuk memilih pemimpin HEBAT, jom tengok formula Saidina Abu Bakar  .
     Ketika utusan Tsaqif di kota Madinah mengumumkan keislaman mereka, Rasulullah ingin mengangkat seorang pemimpin bagi mereka. Oleh yang demikian, Saidina Abu Bakar  telah mencalonkan Uthman Ibn Al Ash, orang yang paling muda di antara mereka. Saidina Abu Bakar  berkata, “Rasulullah, aku melihat anak ini paling semangat dalam mempelajari Islam dan Al Quran.”

     Sememangnya kenyataan Saidina Abu Bakar  ada benarnya. Tatkala kaumnya tidur di siang hari, Uthman Ibn Al Ash mendatangi Rasulullah bertanya hal agama dan dibacakan Al Quran sehingga dia faham. Lantaran itu, dia banyak memahami agama Islam. Jika di saat kedatangannya dia mendapati Rasulullah sedang tidur, dia akan berjumpa Saidina Abu Bakar  untuk mempelajari hal agama dan Al Quran.
     Menariknya, segala perbuatan beliau bertemu dan belajar dengan Rasulullah dibuatnya secara senyap dan disembunyikan daripada pengetahuan rakan-rakannya. Ternyata semangat dan keikhlasan dia mempelajari dan mendalami Islam membuatkan Rasulullah kagum dengannya dan mengasihi dia.

     Jadi, buat anda yang ingin memilih pemimpin dalam organisasi anda, ikutilah formula Saidina Abu Bakar menilai kelayakan seseorang yang ingin diangkat menjadi pemimpin. Tumpuan pada skil, pengalaman dan ilmu sememangnya penting dalam menilai seseorang sebagai pemimpin, namun keutuhan spiritual harus diletak sebagai “check list” yang pertama. Gabungan skil, “attitude”, ilmu dan nilai agama menampilkan karektor seorang pemimpin yang sangat HEBAT! Selamat memilih..=)..

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

2 comments:

tunz said...

jadilah pemimpin yang adil dan bertanggungjawab

Warkahsiber said...

Betul tu mama..Semakin tinggi jawatan, semakin berat amanah, semakin hebat tanggungan yang bakal disoal di akhirat..=)..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More