Thursday 29 December 2011

Kalau Kena Maki, Anda Nak Jawab Apa – Bahagian 2

     Assalamualaikum..Wah, agak lama WS tak mengemaskini penulisan di Laman Motivasi #1 Anda ini. Seribu kemaafan daripada WS disebabkan kekangan masa dan kesempatan, tak sempat WS mengemaskini artikel-artikel tebaru. Kali ini, WS ingin menyambung artikel yang lalu yang bertajuk “Kalau Kena Maki, Anda Nak Jawab Apa” (Klik untuk ke bahagian yang lalu). Ini adalah sambungan bahagian kedua yang mengupas topik yang sama tetapi berlainan perihalnya.
     Ayuh kita imbas seketika pada bahagian yang lalu, kita diajar oleh Rasulullah untuk membalas setiap kata-kata kurang enak yang dilempar kepada kita sama ada dengan sengaja ataupun tidak dengan berkata “Semoga Allah mengampunimu”. Pada bahagian kali ini, sekali lagi kita akan melihat perihal Abu Bakar yang dicaci maki pula. Apa pula reaksi beliau? Dan yang paling penting, apa pula tips daripada Rasulullah kali ini?
     Dikisah oleh Abu Hurairah, pada suatu hari terdapat seorang lelaki yang sedang mencaci-caci Saidina Abu Bakar. Kebetula, Rasulullah juga sedang duduk bersama Saidina Abu Bakar ketika berlangsungnya keadaan tersebut. Pada awalnya, Rasulullah berasa begitu kagum dengan Saidina Abu Bakar. Masakan tidak, beliau hanya berdiam diri ketika dilemparkan dengan cacian dan makian bertali arus daripada lelaki tersebut.
     Namun, beberapa ketika, Saidina Abu Bakar mula mengatur bicara membalas cacian lelaki tersebut. Bahkan, beliau membalas lebih banyak daripada perkataan lelaki yang memakinya tadi. Mendengar reaksi Saidina Abu Bakar akan kejadia tersebut, Rasulullah yang pada awalnya tersenyum dan duduk, lantas kelihatan marah dan bangun. Melihatkan keadaan Rasulullah itu, Saidina Abu Bakar bingkas mengikuti Baginda, seraya bertanya “Rasulullah, ketika lelaki itu mencaci-caciku, engkau duduk sahaja. Namun, ketika aku membalas beberapa ucapannya, engkau marah dan bangkit.”
     Agaknya apa jawapan Rasulullah kali ini? Mendengar pertanyaan Saidina Abu Bakar, Rasulullah menjelaskan, “Awalnya, ada malaikat sedang bersamamu yang membalas cacian lelaki tersebut. Namun, ketika engkau balas menjawab beberapa caciannya, giliran syaitan pula yang datang, sedangkan aku tidak mahu duduk bersama syaitan.”

     Begitulah panduan daripada Rasulullah. Biarpun kita dilemparkan dengan cacian dan makian, eloklah untuk kita sekadar berdiam sahaja. Ini kerana, dikhuatiri jika dibalas, syaitan akan makin mengapi-apikan pertengkaran antara dua makhluk Allah. Bertambahlah saham dosa kita. Namun, jika kita hanya berdiam diri dan bersabar, malaikat akan mendoakan kita bahkan, memungkinkan diberi ganjaran pahala sabar atas keupayaan kita menahan marah. Jadi, kalau kena maki, anda nak buat apa?..=)..

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

2 comments:

Anonymous said...

Entahlah, tapi kalau dah kena maki tahap dewa, manusia mana yang mampu bersabar, Sebab itu ada prof madya tu cakap, kalau marah biarlah berlaku dalam 30 saat. Lepas tu stop, jangan sambung lagi.
Kemudian katanya marah tu biarlah kena pada tempatnya, bukan depan orang ramai, tempat umum dll.

Warkahsiber said...

Menarik, apakah dalam 30 saat tersebut kita akan memberi respon makian sepertinya? Maka, apa perbezaan kita dengan orang memaki kita tadi?=)..Betul, marah adalah sifat semulajadi, dan betul seperti yang disebut dia atas iaitu marah kena pada tempat, dan paling utama kena pada sebabnya dan pada hadnya..=)..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More