Friday 23 December 2011

Anda Takut?

     Assalamualaikum..Anda takut? Takut hantu? Takut rugi? Takut dibenci? Takut dipecat? Takut salah buat keputusan? Takut api neraka? Tahniah buat anda! Jutaaan tahniah WS ucapkan kepada anda kerana anda mempunyai perasaan takut. Eh, takut pun dapat tahniah. Bukanlah seorang penakut itu dianggap seorang yang lemah? Dianggap pengecut, “tak bran”, tak jantan dan macam-macam tak lagi la. Dan, setiap kali dengar ceramah, penceramah-penceramah pun berpesan jangan takut, kenapa WS ucap tahniah pula?
     WS ucap tahniah kepada anda kerana anda sesungguhnya seorang yang normal. Perasaan takut adalah perasaan normal dan fitrah manusia yang diciptakan oleh Allah. Masakan tidak, disebut berkali-kali dalam Al Quran agar kita takutkan Allah, takutkan azab kubur, takutkan api neraka. Ini bermakna sememangnya fitrah manusia untuk berasa takut. Maka, usah dipersoal sekiranya anda ataupun salah seorang daripada mereka yang rapat dengan anda mempunyai rasa takut akan sesuatu.
     Yang harus dipersoal ialah apa yang dibuat untuk menghadapi ketakutan itu. Kita banyak bercakap tentang perkara-perkara yang kita takuti, antaranya takut gagal, takut dibenci, takut salah, takut dimarahi dan bermacam-macam lagi perasaan takut yang menyelubungi kita saban ketika. Namun, apakah kita susuli segala ketakutan kita itu dengan gerak kerja dan langkah-langkah yang menghindarkan diri kita daripada terjerumus dengan perkara yang kita takuti?

     Sebenarnya, ketakutan adalah satu inspirasi yang sangat unik. Tak percaya? Jom buat ini. Cuba senaraikan segala ketakutan yang anda rasakan dalam hidup anda. Banyak? Wah, ada yang sampai berbelas-belas. Uniknya, anda sebenarnya telah menyenaraikan cabaran yang anda perlu hadapi dalam hidup anda dan penyelesaiannya sekali. Pakej kombo tu. Hehe. Jika anda takut gagal, bermakna anda perlu sentiasa cemerlang dalam apa jua kerja yang anda lakukan. Jika anda takut rugi, anda sebenarnya perlu memastikan organisasi anda sentiasa mempunyai aliran kewangan yang utuh. Masalah dan penyelesaian, kan?
     Contoh lagi. Jika takut dibenci, bermakna anda perlu menjadi orang yang penyayang. Jika takut gagal ujian JPJ, bermakna anda perlu fokus dan lebihkan latihan lagi. Jika takut dipecat, anda perlu bekerja mengikut piagam dan visi organisasi anda. Jika takut membuat keputusan, bermakna anda perlu menambah skil membuat keputusan dalam diri anda. Jika takutkan azab Allah, bermakna anda perlu banyak beramal dan bertaubat.

     Ternyata, ketakutan adalah satu inspirasi yang unik. Anda mampu melihat pelbagai aspek dengan berasa takut. Tidak salah untuk berasa takut, malah lagi salah jika tak berasa takut. Yang utamanya ialah mengatur cara dan gerakan untuk menafikan terwujudnya apa yang ditakuti itu. Jadi, sekiranya sesiapa yang mendatangi anda dan mencurahkan rasa takutnya, ucaplah tahniah terdahulu dan transformasikan ketakutannya kepada motivasi yang HEBAT. All the best, guys!

Hustle up and BE GREAT!
Salam transformasi daripada,

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More