Monday 9 January 2012

Kajian: Senaman Buat Anda Tidur Lebih Lena

      
     Assalamualaikum..Kali ini WS ingin berkongsi satu lagi rahsia gaya hidup HEBAT dengan para pembaca Laman Motivasi #1 Anda. Tips kali ini menyentuh kaitan di antara senaman dan kualiti tidur. Aik, ada kaitan ke bersenam dengan tidur? Jawapannya, tentulah ada. Buktinya, satu kajian telah dijalankan sebuah institusi terkemuka iaitu Oregon State University. Institusi ini melakukan satu “survey” berskala besar untuk mengkaji kaitan antara senaman dan kualiti tidur seseorang.
     Besar mana “survey” yang dijalankan tu? Peserta kajian ini adalah seramai 3000 orang! Umur para peserta yang terlibat dalam “survey” ini dalam lingkingan 18 sehingga 85 tahun. Dan, “survey” yang dijalankan ini dikenali sebagai "National Health and Nutrition Examination Survey". Secara dasarnya, perolehan data sudah tentunya lebih konklusif dengan skala pemberi maklumat yang lebih besar.

     Hasil soal selidik yang dijalankan, para pengkaji mendapati bahawa tidur anda lebih berkualiti dan nyenyak sekiranya anda melakukan rutin senaman sebanyak 150 minit seminggu. Ini bermakna 30 minit untuk 5 hari. Untuk kajian ini, para peserta dipakaikan dengan sejenis alat yang dikenali sebagai “accelerometer” di bahagian pinggul  kanan mereka selama seminggu. Alat ini bertujuan untuk mengukur tahap kualiti tidur mereka.
     Keputusan menunjukkan mereka yang bersenam selama 150 minit seminggu atau 75 minit rejim senaman yang lebih keras dalam seminggu memperolehi 65% tidur yang lebih berkualiti berbanding mereka yang tidak mengamalkan rutin senaman yang dicadangkan. Selain itu, mereka yang mengamalkan rutin senaman yang dicadangkan tersebut juga dilaporkan lebih cergas dan kurang letih ketika siang hari serta kurang mengalami kekejangan otot kaki ketika tidur berbanding mereka yang lain.

     Dengan ini,untuk memperolehi kualiti tidur yang HEBAT, hendaklah kita sentiasa bersenam. Paling mudah, rancang rutin senaman anda seperti yang telah dicadangkan di atas. Banyak faedahnya bersenam, namun ramai yang masih enggan. Paling senang, sahut cabaran 10,000 langkah satu hari yang dikeudarakan oleh Anlene di kaca televisyen. Kini, masanya untuk ucap selamat tinggal kepada lif, dan mula menggunakan tangga. Selamat Berjaya, 10,00 langkah 1 hari! Semoga anda lebih SIHAT dan HEBAT!


Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,
 

3 comments:

tunz said...

kalau suka tdo je x senaman cm ner..huhu

Warkahsiber said...

Berat tu..hehe..kalau tak senam, tak sihat..kalau tak sihat, tak hebat..Jadi?=)..

Terbelog said...

lama x senaman

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More