Thursday 19 January 2012

Program: Warkahsiber@Universiti Malysia Pahang

     Alhamdulillah, pada Rabu 18 Januari 2011, WS telah dijemput mengendalikan slot motivasi bersama 22 pelajar Universiti Malaysia Pahang yang sangat GEMPAK!  Program tersebut telah dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaysia Pahang. Slot bertopikkan "Mengenal Potensi Diri Dan Membangun Minda Kelas Pertama" ini berlangsung selama 3 jam setengah dengan sangat "happening" dan GEMPAK!. Dengan tema "Play More, Learn More", slot kali ini berkonsepkan pembelajaran menerusi permainan. Banyak yang dimainkan bersama yang kemudiaannya setiap permainan dibincang perkaitannya untuk membangun minda kelas pertama dalam kalangan pelajar. Antara yang dimainkan, Race Against Time, Personality Test, The Transporter, Karok, The Black Coffee. Kasihan juga WS tengok mereka, penat main, tapi sangat seronok, kan? Ternyata segala pengajaran dapat disampaikan dengan efektif dan lebih berkesan. Buat pelajar-pelajar UMP, anda terbaik, anda terhebat, anda memang GEMPAK!

 Buat anda yang berminat untuk bekerjasama dengan WS menganjurkan sebarang program, anda amatlah dialu-alukan untuk menghubungi WS di talian 013-2368463 atau melalui email ikhmaljamil@gmail.com.

Bersama GEMPAKkan potensi diri!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More