Assalamualaikum..Hari ini WS ingin berkongsi satu kajian yang berkaitan dengan prestasi pelajaran. Kajian terbaru di peringkat antarabangsa menunjukkan bahawa sebarang aktiviti fizikal mampu melonjakkan prestasi pelajar di sekolah. Kesimpulan ini dikemukakan oleh para penyelidik berdasarkan analisa 14 kajian yang telah dilakukan. Kajian-kajian ini membandingkan kesan relatif aktiviti fizikal pelajar dengan markah dan pencapaian mereka.
10 daripada 14 kajian tersebut adalah berbentuk “observational” ataupun pemerhatian. Dalam kajian berbentuk “observational” ini, para penyelidik telah menyoal responden terdiri daripada ibubapa, guru dan pelajar itu sendiri berkenaan keaktifan mereka dan membandingkannya dengan pencapaian akademik mereka untuk beberapa bulan dan tahun.
4 lagi kajian pula berasaskan perbandingan. Perbandingan dilakukan di antara skor ujian pelajar-pelajar yang giat bersenam serta menghadiri kelas aktiviti fizikal dengan skor ujian mereka yang tidak terlibat dengan sebarang aktiviti fizikal. Sekali lagi, para pelajar yang bergiat aktif menggunguli skor ujian tertinggi.
Berdasarkan kajian-kajian tersebut, para penyelidik menyimpulkan bahawa pelajar berupaya untuk lebih berdisiplin dan fokus dalam pelajaran dengan senaman secukupnya. Selain itu, satu lagi teori yang mengaitkan senaman dengan prestasi pelajaran mengatakan senaman meningkatan pengaliran darah ke otak dan memperbaiki emosi dan mood. Kajian ini diterbitkan pada January 2012 isu "Archives of Pediatrics & Adolescent Medicine". Nah, terbuktilah senaman mampu melonjakkan prestasi anda dalam pelajaran. Jadi selepas ini, rajin-rajinlah senaman ek..=)..
*Dipetik daripada: http://www.drweilblog.com/home/2012/2/21/active-kids-get-better-grades.html
Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,
0 comments:
Post a Comment