Tuesday 9 December 2008

Salam Aidiladha.............

Assalamualaikum,

Di kala ini muslim seluruh dunia sedang menyambut perayaan Aidiladha yang merupakan antara salah satu hari kebesaran dalam Islam. Aidiladha disambut bersempena dengan peristiwa yang berlaku ke atas junjungan mulia Nabi Ibrahim apabila Allah memerintah beliau menyembelih anaknya Nabi Ismail. Dalam peristiwa ini terselit seribu satu hikmah buat mereka yang memikirkannya dengan deria iman dan islam.

Kehidupan ini memerlukan pegorbanan. Dalam usaha untuk mencapai sesuatu yang dicitai, perlukan pengorbanan. Tanpa pengorbanan, maka sia-sialah segalah usaha yang di laksanakan. Islam mengejar umatnya supaya melakukan pengorbanan demi mendapat kesejahteraan hidup dan juga keredhaan Illahi. Kebelakangan ini manusia selalu mencari jalan mudah untuk mencapai apa yang dihajati. Tanpa perlu bersusah payah dan bertungkus lumus mengembling tenaga. Walhal Nabi pernah berpesan “sebaik-baik rezeki adalah dari hasil usaha tangan sendiri.

Meskipun begitu, seperkara yang perlu kita sedari adalah sebagai hamba Illahi, kita hendaklah sentiasa bersedia melakukan pengorbanan dalam menongkah arus ujian di dunia ini. Hal ini kerana ujian itu akan mematangkan aqal dan memantapkan iman kita insyaalah. Justeru, wahai teamn-teman sekalian, marilah kita menghayati erti di sebalik peristiwa agung ini moga-moga dapat memberi petunjuk dalam melayari bahtera kehidupan ini seterusnya menjadi insan yang soleh insyaallah.....


Sekian,
Mohd Ikhwan mohd Jamil

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More