Assalamualaikum.."Kau ingat kau pakai tudung tu baik sangat ke?" Ha, pernah dengar kata-kata sedemikian di man-mana? Sudah pastinya perselisihan pendapat antara gadis yang bertudung dengan yang tak bertudung, siapa lebih elok. Banyak juga perdebatan antara dua golongan wanita ini, masing-masing mempertahankan pendirian masing-masing. Namun, harus diingat bahawa hukum Allah tiada bandingnya dengan hujah aqal manusia. Yok, kita tengok apa yang diperkatakan.
Macam mana? Walapun "chat" di atas sekadar "image" ciptaan, tetapi terkandung juga buat kita pengajaran serta peluasan perspektif tentang isu ini. Mungkin ada intipati-intipati yang boleh kita gunakan untuk menyeru rakan atau saudara kita supaya lebih menjaga aurat, tak kiralah lelaki mahupun perempuan, hukum Allah tetap wajib ke atas kedua-duanya.
Jika diperhatikan, jawapan-jawapan yang disampaikan adalah sekadar huraian ringkas namun penuh berbisa serta disisipi dengan situasi realiti. Mereka tidak perlu dibawa berfikir jauh untuk memahami huraian tersebut, tetapi kesannya sangat jelas. Itulah antara hikmah berbicara yang boleh kita adaptasikan. Amalkan 3S dalam meletakkan padu pada mesej anda iaitu "Simple", "Straight" dan "Striking". "Simple" bahasanya, "straight" mesejnya iaitu satu mesej pada satu masa, dan "striking" kesannya.
Usaha menyeru kebaikan dalam pelbagai konteks sama ada di pejabat, keluarga, rakan-rakan dan masyarakat umum perlulah dilakukan dengan berhikmah serta penuh tersusun bukan sahaja daripada segi gerak kerja bahkan kebijaksanaan tutur kata serta wacana pemikiran. Bukan sekadar dalam berdakwah, bahkan dalam perbualan seharian kita juga. Jadi, hebatkan hikmah anda, hebatkan komunikasi anda, hebatkan mesej anda!
Huslte up and be GREAT!
Salam transformasi daripada,
0 comments:
Post a Comment