Tuesday 2 August 2011

The Journey Begins..

     Assalamualaikum..Alhamdulillah, setelah seketika Warkahsiber tidak dikemaskini, kini, Warkahsiber kembali mengorak langkah menjadi laman motivasi anda. Perginya pengasas Warkhasiber yang amat disegani, Mohd Ikhwan bertemu Rabbul Jalil bukan beerti ternoktahnya perjuangan beliau. Beliau sebenarnya memberi titik permulaan perjuangan dakwah ini. “..I want to inspire every people that I meet to become a better person..” adalah kata-kata beliau ketika penubuhan INSPIREZ Consultancy and Training yang menjadi pemangkin permulaan semula Warkahsiber dan sentiasa menjadi falsafah perjuangan ini.
    Mengambil detik penuh berkat Ramadhan sebagai tanggal permulaan perjalanan ini, semoga perjalanan perjuangan ini sentiasa diberkati dan dilimpahi rahmatNya. Perjuangan memberi inspirasi ini akan diteruskan. Buat Along di sana, moga bahagia di sisiNya kerana doa kami tidak pernah terputus buatmu. Juga, doakan semangat serta ketabahan kepada ku untuk meneruskan usahamu.
My Brother, My Mentor, My Inspiration..And now, our journey begins..

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More