Wardo Mohamud Yusuf, seorang ibu, berjalan kaki selama 2 minggu dari kampungnya di pedalaman Somalia menuju Dabaab untuk mencari tempat perlindungan dari kemarau yang semakin mencengkam. Anak perempuannya berumur 2 tahun didokong di belakang dan anak lelaki berumur 4 tahun dipimpin berjalan.
Apalah daya yang ada pada si kecil ini untuk berjalan berpuluh batu di tengah padang pasir. Perjalanan yang bukan saja panas tetapi juga berdepan dengan ribut pasir, perompak dan binatang buas. Badannya semakin lemah. Tiba-tiba dia rebah tidak sedarkan diri.. Wardo memberikan beberapa titik air yang masih tinggal kepada anaknya. Namun si kecil tidak lagi mampu menelan titisan air itu. Wardo meminta bantuan dari keluarga lain yang bersama dalam rombongannya. Tidak siapa berani memberikan air masing-masing kerana mereka juga perlu menyelamatkan diri dari kebuluran.
Rombongan meneruskan perjalanan. Wardo tidak mampu lagi membawa anaknya yang sudah terlalu lemah itu lalu meletakkan saja anaknya di pasir. Anak itu terpaksa ditingggalkan di tengah padang pasir panas itu demi menyelamatkan anak kecilnya yang seorang lagi. Dengan linangan air mata Warda berserah kepada Allah untuk apa saja yang akan ditakdirkan terhadap anaknya. Dia yakin kalau nyawa anaknya diambil Allah, tempat anaknya adalah lebih baik di sana.

Faduma Sakow Abdullahi, seorang janda beurusia 29 tahun membawa bayinya dan 4 orang anak lain yang berusia 2, 3, 4 dan 5 tahun berjalan kaki ke Dadaab pusat perlindungan terbesar di dunia itu. Sehari sebelum sampai di Dadaab, anak sulung dan anak kedua sakit tenat. Kedua-dua anak itu tidak mampu lagi bangun selepas berhenti rehat. Air bekalan yang dibawa sudah hampir habis.
Sebagaimana Wardo, Faduma terpaksa mengambil keputusan yang menghiris hati setiap ibu, iaitu meninggalkan anak yang sedang kesakitan di tengah padang pasir. Sambil mendokong bayi dan memimpin anak lain, Faduma mengheret kaki yang sudah lemah bersama airmata yang hanya Allah memahami.

Beberapa kali Faduma pergi dan balik selepas beberapa langkah sebab tidak sanggup meninggalkan si anak begitu saja. Tetapi demi menyelamatkan 3 orang anak yang masih kecil, dia akhirnya meneruskan perjalanan dengan meninggalkan kedua anaknya di bawah sebatang pokok. Kalau ditunggu lebih lama, anak-anak yang lain juga akan mati. Biarlah Allah menentukan nasib anak-anaknya.
Hatinya hanya mampu berbisik,"Maafkan ibu, anak-anakku. Ibu serahkan kamu dalam penjagaan Allah. Ibu tidak mampu menjagamu lagi..."
Wardo dan Faduma adalah di antara ribuan ibu yang berperang dengan perasaan bersalah di khemah pelarian. Mereka akan meraung tiba-tiba, apabila teringat anak yang mereka tinggalkan terutama apabila melihat kanak-kanak lain yang sebaya dengan anak mereka.

*Dipetik daripada http://martinellihashim.blogspot.com/2011/08/maafkan-ibu-nak.html
Hustle up and be GREAT!
Salam transformasi daripada,
0 comments:
Post a Comment