Sunday, 9 October 2011

Demi Sesuap Nasi

     Bantar Gebang merupakan tapak pelupusan sampah terbesar di Jakarta. Terletak 30KM dari ibu negara Indonesia, menempatkan 2000 keluarga yang kerjanya menggeledah sampah untuk dikitar semula demi menyara hidup. Setiap hari dianggarkan lebih 6000 tan sampah warga Jakarta dilambakkan disini. Kerja sebagai penggeledah bukanlah mudah dan tidak lumayan. Dalam seminggu gaji purata mereka ialah RM125 (RP 350 000).

     Mereka bekerja siang ke malam mencari bahan yang boleh digunakan semula. Jika bernasib baik mereka mungkin terjumpa barang kemas atau alatan elektronik yang dibuang secara tak sengaja. Akibat terlalu daif ada dintara mereka yang mengitar semula sisa makanan yang dijumpai untuk mengalas perut. Kebanyakkan diantara mereka beragama Islam dan walaupun pekerjaan ini dianggap kotor tetapi tidak lupa mengerjakan solat jemaah.

"Ya Allah, sesungguhnya kuberlindung dengan-Mu daripada duka dan kesedihan, kuberlindung dengan-Mu daripada lemah dan malas, kuberlindung dengan-Mu daripada hidup dirundung hutang dan penindasan". Aminn..

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

2 comments:

RinsyaRyc said...

hargai apa yang kita ada kan?

Warkahsiber said...

Betul,betul,betul..hehe..Dan sentiasalah bersyukur..=)..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More