Saturday 8 October 2011

GEMPAR: Soalan Bocor SPM!

     Assalamualaikum..Eksklusif! Ini adalah pendedahan eksklusif WS mengenai soalan SPM yang bocor. Soalan-soalan yang bukannya sekadar ramalan ataupun “spot”, tetapi sesungguhnya akan naik. Confirm! Sumbernya? Sangat-sangat malah teramatlah dipercayai. Ikuti pendedahan eksklusif soalan bocor SPM. Jom!
     Diriwayatkan oleh Syaikhani (Imam Bukhari dan Muslim), daripada Anas Radiaallah diambil terus (Marfu’an) daripada Rasulullah: “Sesungguhnya seseorang hamba apabila diletak di dalam kuburnya, dan pulanglah para ahli dan sahabatnya, datang kepadanya dua malaikat. Mereka mendudukannya dan berkata kepadanya: “Apa  hendak engkau katakan tentang Nabi Muhammad S.A.W?” Jika dia seorang yang Mukmin, maka dia berkata: “Aku bersaksi bahawa sesungguhnya baginda adalah hamba Allah dan Rasul-Nya.” Maka, berkata dua Malaikat tadi: “Lihatlah tempatmu di Neraka. Sesungguhnya Allah telah menggantikannya (tempat di neraka dengan tempat yang lebih baik) dengan tempat kamu di Syurga.” Maka dia pun melihat kedua-duanya. Andai dia seorang Kafir atau Munafiq, dia akan berkata (menjawab soalan tadi): “Aku tak tahu. Aku hanya berkata sebagaimana dikatakan oleh mereka yang lain.” Maka berkatalah dua Malaikat kepadanya: “Engkau tak tahu dan engkau tak membaca (tentang Nabi Muhammad)”, dipukulnya dengan pemukul daripada besi dengan pukulan yang sangat kuat, dan dia menjerit dengannya (akibat kesakitan) sehingga didengari oleh semua makhluk kecuali manusia dan jin.” Disambung pula oleh Abi Daud: “Malaikat itu bertanya lagi: “Siapa tuhan kamu, Apa agama kamu, dan Siapakah lelaki yang diutuskan untuk kamu?” Mereka yang Mukmin akan berkata: “Tuhanku Allah, agamaku Islam dan lelaki yang diutuskan itu ialah Rasulullah S.A.W”. Dan yang kafir akan menjawab untuk ketiga-tiga soalan itu: “Aku tak tahu.”
     Dalam kita asyik membuat persiapan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dalam kita asyik berbangga dengan hebatnya gred Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bersediakah kita menghadapi SPM yang sebenar, Sijil Padang Mahsyar (SPM)? Adakah kita akan diberikan A di sana? Atau gagal semuanya? Persediaan di dunialah bakal menentukannya. Setinggi manakah TAUHID kita atau tinggi lagi kita mengenal dan memuja ARTIS? Seikhlas manakah kita dengan SOLAT atau begitu ANGKUH kita untuk bersujud? Terjagakah AURAT kita atau helaian rambut kita menjadi TAYANGAN HARAM sekalian alam? Sudah banyakkah SAHAM Akhirat kita atau masih gila mengejar WANG dunia? Secinta manakah kita kepada Islam, Al Quran dan Nabi Muhammad, atau masih diulik DUNIA dan MAKSIAT? Di hadapan pemeriksa yang paling Agung, yang paling Tegas dan yang paling Rahman, bersediakah kita dengan jawapan? Soalan-soalan telah pun bocor, namun ramai yang bakal gagal! 
     Buat ibu bapa, jika kita tidak ingin anak-anak kita gagal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), inginkah kita mereka gagal Sijil Padang Mahsyar (SPM)? Jika mereka telah pun berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bakal berjayakah mereka dalam  Sijil Padang Mahsyar (SPM)?

     Ingat, gagal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh diulang, namun gagal Sijil Padang Mahsyar (SPM), tiada ulangan, tiada hidup kembali, NERAKA JAHANNAM lah dihumban kita. Usahlah kita menjadi mereka yang menyesal di kemudian hari. Kita adalah MUSLIM, namun belum tentu kita adalah MUKMIN. Hanya mereka yang MUKMIN dijanjikan selamat. Selagi nyawa belum tercabut, pintu taubat masih terbuka, peluang ibadah masih terbentang. Ayuh kalian! Baginda telah berpesan “Aku tinggalkan kamu dengan dua perkara. Kamu tidak akan sesat selamanya jika kamu berpegang dengan keduanya. Al Quran dan Sunnahku.”

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan)”..Amin..

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

3 comments:

Syf. said...

sukalahh^^,saya nak share ye, Semoga kamu dpt pahala dr allah(:

Warkahsiber said...

Tanx..=)..Boleh je my GREAT SyafiqaAzizan..=)..

Dreamy_Gurl said...

nak share..info nie menarik

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More