Tuesday, 18 October 2011

Tips: “Presentation” Gaya Rasulullah

     Assalamualaikum..Salah satu faktor yang menjadikan “presentation” anda sangat “wow” dan menarik para hadirin ialah gaya anda yang tersendiri. Setiap orang pasti punyai gaya “presentation” tersendiri. Ada yang bersahaja, ada yang ala-ala berpidato, ada yang malu-malu kucing pabila di depana khalayak. Keunikan tanpa mencelup gaya orang lain menjadikan “presentation” anda sangat “natural” dan punya pesona tersendiri. Dalam mencipta gaya anda tersendiri, anda boleh menjadikan gaya pakar-pakar “presentation” sebagai rujukan. Untuk kali ini, yok kita pelajari bagaimana gaya pakar segala pakar, Rasulullah berbicara.
     Al Hasan b Ali meriwayatkan: “Aku pernah bertanya kepada pakcik ku, Hindun ibnu Abi Halah yang sangat pandai menggambarkan sesuatu. Aku katakan kepadanya, ‘Gambarkanlah kepadaku bagaimana cara Rasulullah berbicara.’ Lalu dia pun berkata, ‘Rasulullah adalah seorang yang kelihatan amat perihatin dan sentiasa berfikir. Baginda lebih banyak diam dan berbicara hanya pada apa yang perlu sahaja. Baginda memulakan dan mengakhiri perbualan Baginda dengan menyebut nama Allah.
     Ucapan Baginda selalunya padat, terperinci dan jelas – tidak lebih dan tidak kurang, tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Baginda selalu mensyukuri nikmat walaupun sedikit dan sama sekali tidak pernah mencelanya. Baginda juga tidak pernah mencela mahupun memuji makanan. Urusan dunia beserta isinya pula tidak pernah membuat Baginda marah.


     Jika kebenaran dilanggar, Baginda tidak akan diam sehingga kebenaran itu ditegakkan. Baginda juga tidak pernah marah dan tidak pula memperjuangkan kepentingan peribadi. Ketika menunjukkan sesuatu, Baginda selalu menggunakan seluruh tapak tangannya. Apabila dalam keadaan takjub atau terkejut, Baginda selalu membalik (telapak tangan).
     Ketika berbicara, Baginda terbiasa menggunakan tangan untuk memperjelas perkataan dengan cara memukul-mukulkan telapak tangan ke ibu jari kiri. Ketika marah, Baginda berbalik dan berpaling. Ketika berasa tenang, Baginda menundukkan pandangan. Tawa Baginda adalah senyuman dan gigi Baginda kelihatan seperti butiran salju.” (Riwayat al-Tirmizi)

     Itulah antara gaya Rasulullah yang boleh kita jadikan panduan. “Presentation” anda bakal mempengaruhi keputusan berikutnya – sama ada mendapat markah tinggi atau rendah, mengunci “sale” atau gagal, meyakinkan “prospect” atau hilang kredibiliti. Oleh itu, yok sama-sama kita tingkatkan penguasaan skil “presentation” kita. Be a GREAT presenter, guys! All the best!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More