Sunday 30 October 2011

Ustaz Zaharuddin: Jangan Biarkan Dosa Bersarang Di Facebook

     Assalamualaikum..Dalam artikel yang lalu, saya pernah menulis berkenaan keharusan menggunakan laman social Facebook selagi mana digunakan secara betul dan benar, walaupun menyedari laman tersebut ditubuhkan oleh seorang Yahudi untuk tujuan dan maksud yang pelbagai. Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan dan melarang kemungkaran melalui Facebook, saya sedar terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan perbuatan tersebut boleh dianggap haram, malah berganda-ganda haramnya.
     Perlakuan dan perbuatan melalui Facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak. Namun pada kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara sahaja iaitu:
  1. Mendedahkan keaiban suami atau isteri: Meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci dan marah terhadap pasangan masing-masing melalui status mereka. Sememangnya bukan tujuan mengaibkan atau menjatuhkan maruah, sekadar melepaskan tekanan diri, namun tanpa disedari ini juga terrgolong dalam kategori mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Kenyataan seperti itu menjelmakan maksud tersirat bahawa pasangan tersebut sedang berperang dingin, lantas tercetuslah idea bahawa berlaku kekurangan pada salah seorang daripada mereka.
  2. Terlebih gambar: Sememangnya fitrah wanita inginkan pujian dan perhatian. Maka berlambak-lambaklah gambar dimuat naik dengan pelbagai gaya, aksi dan fesyen. Yang menjadi bahayanya pabila menjadi tatapan ramai lelaki yang kemudiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda dan membuat lamaran “nafsu. Wanita menjadi pameran lelaki umum? Dosa jawabnya. 
  3. Penyamaran: Terdapat lelaki yang menyamar sebagai wanita untuk menjadi “friend”, lantas mendapatkan maklumat dan gambar yang dikhaskan akses untuk rakan wanita sahaja. Si wanita yang pada asalnya berasa selamat, rupa-rupanya telah mendedahkan gambar kepda orang yang tidak sepatutnya. Jadi, pastikan gambar anda masih terhad dan terjaga.
  4. Muat turun gambar untuk simpanan dan tatapan: Kerana mudahnya mengakses gambar sesorang, lelaki berhati buas memuat turun gambar tersebut untuk disimpan sebagai koleksi peribadinya. Banyak wanita menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian, tanpa disedari berkongsi saham dosa dengan lelaki seperti itu. Dosa mendedahkan aurat serta maruah wanita. Simpan sahaja gambar cantik molek untuk tatapan suami yang sah, dan tunggulah pujian para malaikat dan bidadari syurga nanti. 
  5. “Tagging” tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat: Terdapat “trend” memuat naik dan menyebarkan gambar-gambar lama yang tidak menutup aurat melalui “tagging” tetapi kini telah pun menutup aurat. Justeru penyebarannya adalah haram. Gambar yang menutup aurat tetapi dalam keadaan yang mengaibkan juga mengundang dosa kerana menyebarkan keaiban orang lain. 
  6. Mengutuk diri sendiri dan kebaikan diri: Ada juga mereka yang  dahulunya di waktu sekolah ataupun universiti berpenampilan cukup solehah and “extra caution” dengan aurat, namun kini telah berubah fesyennya yang lebih berani. Apabila tersiar gambar-gambar “extra caution” itu mereka secara tak sedar mengutuk diri sendiri dengan kata-kata “zaman solehah”, “zaman innocent”, “zaman suci” dan sebagainya. Adakah sekarang anda sudah tidak suci? Adakah anda sekarang sudah tidak solehah? Anda yang mengutuk diri anda sendiri.
     Itulah Facebook. Facebook boleh menjadi sumber pahala jika digunakan dengan betul, malah boleh menjadi penyebab azab jika digunakan tanpa ilmu dan batasan. Berhati-hati dan berpada-padalah wahai pemilik Facebook.

*Dipetik daripada Majalah Solusi, Isu 37, karangan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.

Buat pengunjung-pengunjung Laman Motivasi Anda, sekiranya anda mempunyai persoalan untuk diajukan kepada WS, klik Tanya@Warkah. Insyaallah, persoalan anda akan mendapat respon daripada WS.

Hustle up and Be GREAT!
Salam transfomasi daripada,

4 comments:

roha said...

byk yang salah guna facebook ni utk lepaskan geram kt seseorang dengan mengupdate status menggunakan kata2 kesat dan carut mencarut. Ape nak jadilah dgn diorng ni.

syafiqa said...

sebab itu tak layan fb.
entah.semakin maju dunia semakin ramai salah guna.
selalu tgk status merepek. hmm

Warkahsiber said...

Betul,betul,betul, my GREAT roha n syafiqa..=)..

Anonymous said...

facebook memang lebih banyak memberikan keburukan daripada kebaikan . ramai sebenarnya yang sudah perasan tapi buat donno ja . apa nak jadi . tp yg buat tak tahan tu bila dh byk sgt org yg meluatkan perasaan kat facebook . memang takda kerja lain . sabo je la -,-

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More