Friday 25 November 2011

GREAT Parenting: Ajar Anak Menabung, Jadikan Impian Satu Kenyataan.

     Assalamualaikum.. Kanak-kanak sekarang punyai wang yang banyak. Masakan tidak jika duit poket sekolah sehari RM5. Tambah dengan duit raya, lagi banyak daripada ibubapanya. Yang menjadi masalah ialah wang tersebut tidak tahu ke mana perginya. Yang kita tahu, duit itu habis setiap kali balik sekolah. Maka, seharusnya mulai sekarang ibubapa peka dengan pengurusan wang anak-anak. Pepatah Melayu mengatakan “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.” Pembentukan nilai positif dalam pengurusan wang seharusnya diterapkan daripada kanak-kanak lagi.
     Antara kaedah mengurus kewangan bijak adalah menabung. Bagaimana nak menggalakkan anak untuk menabung? Prinsip yang bakal menggalakkan lagi kanak-kanak menabung ialah merealisasikan impian. Impian atau matlamat yang terlaksana akan mendorong kanak-kanak lebih galak menabung. Ini kerana mereka dapat melihat bahawa usaha tabungan mereka bukanlah sia-sia, tetapi sesuatu yang mendatangkan hasil. Untuk itu:
  1. Bantu mereka senaraikan impian mereka
  2. Tulis setiap impian mereka berserta corak, warna, gambar dan pamerkan di tempat yang selalu mereka lihat.
  3. Senaraikan anggaran kos untuk setiap satu impian mereka.
  4. Sediakan anggaran masa dan tarikh  bakal tertunainya impian tersebut.
  5. Senaraikan jumlah yang perlu disimpan setiap hari.
  6. Sediakan jadual dan buku log untuk ditanda setiap kali mereka menabung.
  7. Tiba waktunya, raikan usaha mereka dengan menunaikan impian mereka. 

     Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi kehidupan kanak-kanak kini dikelilingi wang. Mereka sudah didedahkan dengan nilai wang semenjak awal lagi. Justeru, mereka harus dibiasakan dengan budaya kewangan yang positif, salah satunya ialah menabung. Kelak, ini akan membentuk tabiat positif dalam pengurusan kewangan bila mereka dewasa. Semoga mereka berjaya menguruskan wang mereka. All the best, guys!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

1 comments:

tunz said...

anak mama pon suka menabung..kdg2 bila nk beli apa2 dia mintak kat mama,duit dia org disimpan betul2...kodokut tul....hahah

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More