Friday 25 November 2011

Kisah Motivasi: “Kalau Tak Suka Kelas Saya..”

     Cikgu Suffian baru sahaja menamatkan pengajiannya di maktab perguruan. Hari ini adalah tugas pertama beliau secara rasminya sebagai guru. Setlah sekian lama menimba ilmu, kini tibalah masanya berdepan realiti dan mempraktikkan segala yang dipelajarinya selama ini. Cikgu Suffian ditugaskan mengajar Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangasaan X.
     “Nervous”. Itu yang dirsai Cikgu Suffian apabila memasuki kelasa pertamanya hari ini. Subjek Bahasa Inggeris, Kelas 4 Dirham. Tepat jam 9, Cikgu Suffian melangkah masuk ke kelas tersebut. Selepas sejam, Cikgu Suffian melangkah keluar dari kelas menandakan tamatnya sesi pengajaran beliau. Lega. Lalu, Cikgu Suffian melangkah menuju ke kantin. Waktu rehat. 

     Baru sahaja melabuhkan punggung, Cikgu Suffian disapa Cikgu Abdul Rahman atau nama glamournya Cikgu Dol. Beliau  bertanya, “Macam mana first day, cikgu?”. Cikgu Suffian menjawab, “Masalah sikit. Tak berapa pandai tarik perhatian budak.” “Pantang ada benda kat luar, semua tengok keluar.” Keluh Cikgu Suffian. Cikgu Dol hanya tersenyum dan ketawa kecil.
     Sebenarnya, Cikgu Suffian berasa jaki dengan Cikgu Dol. Cikgu Dol seorang cikgu yang sudah lama mengajar di sekolah tersebut dan sentiasa mendapat perhatian pelajarnya. Memberanikan diri, Cikgu Suffian bertanya petuanya mengawal kelas. Sambil menyuap mi goreng, Cikgu Dol menjelaskan “Saya senang je,. Kalau nampak pelajar tak bagi perhatian, saya cabar, kalau tak suka kelas saya, mereka boleh keluar. Confirm mereka tak berani.” Hurmm, bernas.

     “Boleh try ni”, bisik Cikgu Suffian. Keesokan harinya, Cikgu Suffian berpeluang mencuba teknik baru yang dipelajarinya daripada Cikgu Dol. Kebetulan, ketika Cikgu Suffian sedang mengajar Bahasa Inggeris di kelas 4 Dirham, kelihatan sekumpulan pelajar sedang bersukan di padang. Pelajar-pelajar mula hilang tumpuan dan berpaling keluar ke arah padang. Cikgu Suffian pun bersuara, “Boys, kalau tak suka kelas saya, kamu boleh keluar.”
     Apa lagi, seorang demi seorang bangun daripada kerusi untul keluar. Naik panik Cikgu Suffian jadinya. “Eh,eh..Jangan..Jangan keluar,” pujuk Cikgu Suffian. Mujurlah mereka masih mendengar kata dan duduk semula. Kalau tak, masak Cikgu Suffian dengan pengetua.

     Sejak daripada itu, Cikgu Suffian mula mencari pendekatan baru yang sesuai dengan personalitinya. Nasihat daripada beliau, “Mana boleh ikut-ikut je!”
     Ingat, anda punya gaya dan personaliti  yang unik. Bina aura dan karektor anda yang tersendiri. Mereka dengan gaya mereka, anda dengan gaya anda. Personaliti dan aura yang hebat adalah yang punyai nilai keaslian sendiri. All the best, guys!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

1 comments:

TecerWidad said...

Saya pulak ada masalah dengan colleagues di tempat lama. Tak suka saya berbaik-baik dengan pelajar dan wujud dengki-mendengki especially bila mereka nampak students suka dengan saya.


Dan bila saya dah pindah sanggup pula hasut the students putuskan sillaturrahim dengan saya. pathetic sangat dengan orang macam ni tapi masih tak tahu pendekatan yang sesuai untuk nak buka minda mereka.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More