Tuesday 8 November 2011

Tanya@Warkahsiber: "Ada Tips Untuk Jadi Pekerja Yang Bersistematik"

     Assalamualaikum..Wah, lama juga WS tidak mengemaskini Laman Motivasi #1 Anda ini. Seribu kemaafan daripada WS buat semua pengunjung WS. Biasalah, nak raya, sibuk skit. Hehe. Jadi, hari ini, WS ingin menjawab satu pertanyaan di Tanya@Warkahsiber berkenaan kerja yang sistematik. Seorang pengunjung hebat WS telah bertanyakan “Keje tengah melambak2 ni...ada tips untuk jadi pekerja yang bersistematik...”. Ha, buat semua pekerja di luar sana dan pengunjung yang bertanya, ini khas untuk anda.
     Untuk lebih sistematik, amalkan 5S dalam pengurusan kerja seharian anda. Baik kerja di sekolah, di pejabat mahupun di rumah, ini tips hebat untuk anda:
  1. Set minda: Jika anda ingin lebh bersistematik, set minda anda untuk itu. Ini adalah langkah pertama yang paling penting. Anda tidak akan melakukan perkara yang anda tidak fikirkan. Jadi, mulai hari ini, sentiasa set minda anda untuk bekerja lebih sistematik dan sentiasa ingatkan diri anda dengan nota-nota di sekeliling anda. Lama kelamaan, anda akan terbiasa untuk bekerja dengan sistematik dan menjadi tabiat anda. Ingat, tabiat boleh dibentuk,dan permulaannya bermula dengan pembentukan minda.
  2. Senaraikan hasil: Jangkakan apa keputusan yang akan anda dapat sekiranya sesuatu tugas selesai dilaksananakan. Memikirkan keputusan ataupun hasil nyata membuat kita lebih bersemangat untuk menyelesaikan sesuatu tugas berbanding memikirkan tugas yang perlu dilakukan. Contohnya, “20 buah buku latihan habis diperiksa” ataupun “Kereta aku bersih” berbanding “20 buah buku perlu diperiksa” atau “Perlu membersihkan kereta”. Yang mana lebih melegakan?
  3. Senaraikan tugas: Setelah menyenaraikan hasil anda, barulah senaraikan apa yang perlu dilakukan untuk mencapai hasil-hasil tersebut. Bermula dengan penamat akan membantu anda lebih teliti menyenaraikan tugas-tugas yang perlu dilakukan kerana sudah jelas matlamat anda. Jika tidak jelas matlamatnya,anda mungkin terlepas pandang perkara penting dan menfokuskan kepada perkara yang tak sepatutnya kerana tidak tahu yang mana akan menyumbang kepada matlamat anda. Akhirnya? STRESS!
  4. Susun ruang anda: Pastikan ruang kerja anda selalu teratur. Ini bukan sahaja memudahkan perlaksanaan tugas, bahkan “meringankan” mata memandang. Bayangkan anda baru sahaja diberi tugasan baru oleh bos, dan sekembalinya anda ke meja anda, barang-barang anda tidak tersusun elok, memuncaklah “tension”. Sudahlah tension kena siapkan tugas yang baru, lagi semak perut tengok tempat berserabut. Maka, berserabutlah hidup. Untuk ini, cuba “google” “5S Technique”, anda akan menjumpai teknik pengurusan ruang hebat oleh seorang professor Jepun.
  5. Selalu “KISS”: Bukan cium kerja anda, tapi “Keep it short and simple”. Jika ada pilihan di antara yang “simple” dengan yang kompleks, pilihlah cara yang “simple”. Ingat, cara yang kompleks akan diikuti oleh proses yang kompleks yang memakan masa dan memerlukan kerja yang lebih. Jika dapat diselesaikan dengan KISS, usah bebankan diri anda lagi.
     Ha, macam mana? Dengan panduan ini, WS berharap segala kerja yang dilakukan anda akan lebih sistematik dan efisyen. Anda pekerja yang HEBAT, bertambah HEBAT dengan sistem kerja yang HEBAT. All the best, guys!

Buat pengunjung-pengunjung Laman Motivasi #1 Anda, sekiranya anda mempunyai persoalan untuk diajukan kepada WS, klik Tanya@Warkah. Insyaallah, persoalan anda akan mendapat respon daripada WS. 

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

2 comments:

tunz said...

alhamdulillah.terima kasih atas ilmu yang dikongsikan bersama..nak print n tampal kat board ni...leh praktikkn

Warkahsiber said...

All the best, mamatunz..=)..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More