Friday 2 December 2011

Fadzilah Kamsah: 80% Orang Islam Tak Solat

 
     “Sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari”. Anda mungkin terkejut dengan data ini tetapi itulah hakikatnya. Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh tokoh motivasi terkenal di Malaysia, Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, bahawa sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masa kini.
     Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah antara golongan yang kerap meninggalkan ibadah solat ini ialah golongan para pelajar sekolah, golongan belia, pekerja kilang, anggota pasukan seragam dan juga para peniaga (Utusan Malaysia 2008, 23 Jun).

 
     Menurut kajian itu lagi hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari, sementara bagi pelajar -pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari. dan fakta ini ternyata menyamai dapatan kajian yang menunjukkan bahawa sejumlah 86.2% responden mengakui kerap meninggalkan solat dan sejumlah kecil responden yang melaksanakan solat dengan secukupnya.
     Selain dari itu kadar pelaksanaan yang rendah dalam ibadah solat di kalangan responden dalam kajian ini juga mungkin dapat dikaitkan dengan tahap pengetahuan dan kemahiran responden dalam menunaikan ibadat tersebut. Apakah faktor yang menyebabkan jumlah besar responden tidak menunaikan solat dalam kehidupan mereka? Persoalan ini mungkin tidak dapat diselesaikan dengan menjaga fakta-fakta atau cara melaksanakan solat. Sesungguhnya ia melibatkan banyak faktor lain termasuk motivasi pelaksanaan solat dan ibadat. Menurut al-Kumayi (2009) terdapat tiga halangan dalam melaksanakan ibadah iaitu:
  • Malas (kasal) mengerjakan ibadat kepada Allah, sedang setiap insan sanggup dan berupaya melakukan ibadah.
  • Lemah fikiran (futur) atau tidak memiliki tekad yang kuat kerana terpengaruh dengan kehidupan dunia.
  • Bosan (malal) atau cepat berasa bosan melakukan ibadah sedangkan tujuan belum tercapai.
 
     Sesungguhnya amalan atau perbuatan meninggalkan solat ini merupakan masalah yang serius atau cukup barat, kerana baik buruknya perlakuan seseorang itu sangat dipengaruhi oleh solatnya. Jika ibadah solatnya baik, dilakukan dengan peluh kesempurnaan yang merangkumi aspek rukun, syarat dan penuh khusyuk ia akan dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar. Aspek ini menjadi jawapan kepada pelbagai masalah yang timbul dalam organisasi atau pun yang melakukan tindakan-tindakan yang bertentangan dengan syarak.


Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

10 comments:

Azeri said...

Assalam...Masyaallah. Dari statistik yang dilakukan oleh pakar motivasi (DFK) menunjukkan agama semakin ditinggalkan. Seperti yang Rasulullah telah ingatkan , solat adalah tiang agama. Jika tak solat, bermakna kita meruntuhkan agama.

Semoga kita dijauhkan dari golongan yang leka dan lalai dalam solat.

Unknown said...

Ínsyallah.. semoga allah jauhi kita kita dari kelalaian utk mendirikan solat.. kuatkan keimanan kita .. amin

Unknown said...

Bila kita memandang mudah urusan agama maka tunggu lah balasan dari Allah yang akan menimpa kepada semua umat nya...

Unknown said...

Hari ini kita Marah dgn org bukan islam
Kerana mempersendakan agama.
Tapi hari ini org islam sendiri meniggalkan solat dgn sengaja....
Bererti telah meruntuhkan agamanya sendiri...
Semga saya dan ahli keluarga dpt jaga solat diawal waktu,
Lelaki berjemaah dimasjid
Perempuan dirumah....

Chepah said...

Berapa peratus rakyat beragama Islam di Malaysia yang diambil dalam kajian ini. Sekiranya responden bilangannya kecil boleh kah kuta membuat kesimpulan yang sebegitu. Andainya bilangan responden memang besar dan boleh mewakili masyarakat beragama Islam maka ia amatlah menyedihkan . Dalam hal ini ibu bapa adalah golongan yang paling bertanggung jawab untuk memastikan tiang agama itu ditegakkan. Di sekolah boleh mewajibkan pelajar Islam solat zohor dahulu sebelum pulang bagi sesi pagi dan solat asar bagi sesi petang. Jadi 4/5 dpd solat yg wajib itu di bawah pemgawasan ibu bapa. Semoga kita semua sebagai ayah dan ibu pimpinlah anak anak menuju syuga.

Unknown said...

Kajian Dan fakta berkenaan kurang tepat

Unknown said...

Yang menjaga solat pastinya lebih sedikit
YA ALLAH MASUKKAN KAMI DAN ZURIAT KAMI DALAM GOLONGAN YANG SEDIKIT

saf said...

ada statistik lain ke?

ZAM said...

benar tuan

Abu Imran said...

Tiada seorang pun yang mengaitkan waktu solat dan zon waktu Semenanjung yang dah dipesongkan oleh Tun M.
Subuh berebut nak ke sekolah atau kerja
Zohor lepas Luñch Hour lah ...
Asar, kalau sempat sebelum balik atau sampai rumah nanti.
Maghrib kita dlm kereta/LRT je
Isyak eh, orang ada Dinner @8

Cuba adjust jam balik ikut zon waktu.
Semenanjung kol 8 mlm, Sabah Sarawak kol 9 MLM.

Subuh 4:30 am
Zohor 12:00 pm
Asar 3:30 pm
Maghrib 6:00 pm
Isyak 7:15 PM

Baru tak ganggu urusan dunia.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More