Friday 16 December 2011

IPAD Mukmin

     Assalamualaikum.. Dalam dunia sekarang digelar zaman IPad dan Blackberry, segala kecanggihan teknologi manusia giat dibangunkan. Punyalah demam Ipad dan Blackberry, rakyat Malaysia disenaraikan antara pembeli dan prospek terbesar di Asia jualan I Phone dan Balckberry. Segala kecanggihan teknologi diusahakan demi satu matlamat, iaitu memastikan survival manusia. Ketamadunan manusia yang dicorak oleh kecanggihan teknologi menyebabkan kita terkejar-kejar setiap keluaran terbaru. Untuk melestarikan survival,kita diajar untuk mengikut rentak teknologi.
     Kini, WS juga ingin memperkenalkan produk terbaru WS, iaitu IPAD Mukmin. Amboi, dah jadi usahawan tablet sekarang. Hehe. Rugi jika anda tidak mendapatkan IPAD Mukmin ini. IPAD Mukmin bakal menjadi antara nadi utama memastikan survival hidup anda di dunia ini. Jom kita tengok produk IPAD Mukmin WS ni. 
  • Ilmu
  • Perilaku Baik
  • Aqidah
  • Doa
     Menarik bukan? Inilah gajet yang bakal membantu anda mengatasi segala cabaran dan dugaan di dalam dunia serba canggih ini. Andai lemah Ilmu, anda mudah dikeldaikan. Andai buruk Perilaku, anda sentiasa dikeji. Andai longgar pegangan Aqidah, anda mudah dipesongkan. Andai Doa bukannya ucapan lazim, anda mudah tertipu dengan dunia. Sudahnya, anda semakin rapuh untuk meneruskan survival di dunia ini dan hanyut dengan kelalaian duniawi.
 
     Harus diberi perhatian bahawa dalam dunia moden dan siber, ancaman-ancaman anasir jahat sudah tidak terbatas oleh jarak dan sudut. Segenap aspek kehidupan itu ibarat peluru hidup menembusi benteng keimanan kita. Dengan kukuhnya Ilmu, baiknya Perilaku, mantapnya pegangan dan pemahaman Aqidah dan Doa yang tidak pernah putus, anda tampak ampuh untuk meneruskan survival di era moden. Nah, segala cabaran dalam dunia sekarang pasti dapat ditangkis dengan mempunyai IPAD Mukmin ini.
     Sentiasa bimbit IPAD Mukmin ini setiap kali anda melangkah keluar berhadapan dengan dunia. Tingkatkan Ilmu, praktikkan Perilaku Baik, kukuhkan Aqidah, panjatkan Doa, inilah perisai Mukmin sejati. Insyaallah, segala cabaran mendatang kita sentiasa tempuhi dengan reda dan dilimpahi rahmat Ilahi. Semoga kita terus berjaya mendepani survival era globalisasi dengan mantap. Insyaallah.

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More