Sunday 18 December 2011

Stress: Anda Tertekan Atau Anda Menekan?

     Assalamualaikum..Anda stress? Buat kerja stress, belajar stress, pandu kereta stress, balik rumah pun stress. Wah, dunia seharian anda  ternyata di kelilingi stress. Sebut sahaja di dalam dunia ini, siapa yang tidak tertekan? Daripada sebesar-besar jawatan seperti Presiden sehinggalah sekecil-kecil tugas seperti “cleaner” dan pelajar, semua dirundung tekanan. Tekanan tidak mengenal siapa, semuanya pasti merasa. Di sebalik tekanan yang saban hari kian memuncak, terhidang buat anda satu persoalan, sebenarnya anda tertekan atau anda yang menekan?
     Realitinya, sebahagian besar elemen yang menjadikan kita tertekan adalah elemen yang dalam kawalan kita. Tidak dinafikan terdapat elemen yang menjangkaui kawalan kita yang menyumbang kepada tekanan. Antaranya, lampu isyarat rosak, hujan lebat, orang yang ditunggu datang lewat, bekalan elektrik terputus, jalan rosak. Semua ini sememangnya sebab kukuh yang menjadikan seseorang itu tertekan. Namun, jumlah elemen luar kawal ini sebenarnya tidak besar. Lebihan besar faktor yang menyumbang kepada stress berada di bawah kawalan anda.

     Ketepikan dahulu elemen luar kawal. Cuba kita senaraikan elemen-elemen boleh kawal yang menyebabkan kita tertekan.
  • Bangun lewat?
  • “Handphone” mati?
  • Tertinggal pen?
  • Kurang ilmu dan skil?
  • “Assignment” bertangguh?
  • Minyak kereta habis?
  • “Top up” kering?
  • Ruang kerja berserabut?
  • Lapar?
  • Tak suka rakan yang banyak songeh?
  • Dan,banyak lagi..
     Semuanya biasa dijadikan keldai hitam untuk kita tertekan. Sebenarnya, kita tertekan disebabkan kita yang menekan. Segala permasalahan dalam kawalan sepatutnya diselesaikan dengan efektif dan efisyen.  Ini bagi mengurangkan beban tekanan yang ditanggung. Set jam untuk bangun awal, hadiri kelas untuk tambah ilmu, cas “handphone setiap kali sebelum tidur, periksa minyak kereta setiap kali menggunakan, selalu sediakan kad “top up” extra dalam dompet. Nampak? Usah jadikan elemen-elemen dalam kawalan sebagai sumber utama tekanan anda. 

     Mudah benarkan? Tidakkah anda terasa rugi dengan membazir tenaga dan emosi melayani perkara-perkara yang sepatutnya tidak menjadi punca anda tertekan? Selesaikan segala permasalahan, bukannya mencari alasan.  Anda sebenarya mampu mengawal sebahagian besar perkara yang berlaku dalam hidup anda. Jadi usah menekan diri anda sendiri, kelak anda semakin tertekan.Have fun, guys!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

1 comments:

Unknown said...

wow.. ada entri pasal stress.. hope boleh gna utk presentation nnt

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More