Wednesday, 11 April 2012

Strategi Belajar Hebat: Kunci Amygdala, Have Fun!

     Assalamualaikum..Kerap kali kita mendengar pelbagai tagline “fun” ataupun seronok berkaitan belajar. Antara yang popularnya “Have fun with English”, “English is fun”, “Fun Facts”, “Fun Mathematics” dan yang terbaru menjadi fenomena ialah “Have fun with SmartStudy” iaitu tagline program motivasi kendalian Osman Affan. Jadi, kenapakah disisipkan elemen “fun” ataupun keseronokan ketika belajar? Apakah impak sebenarnya “fun” terhadap pembelajaran?
     Asasnya, maklumat deria daripada pancaindera kita seperti penglihatan, pendengaran, perasaan, bau dan sentuhan adalah fasa pertama dalam proses pembelajaran baik bagi budak mahupun orang dewasa. Segala maklumat yang diterima daripada kesemua deria yang terlibat ini kemudiaannya akan dihantar ke otak untuk diproses menjadi kefahaman dan ingatan (memori). 

     Namun, bukan semua maklumat yang diterima akan diproses dan disimpan terus. Maklumat-maklumat ini perlu melepasi satu penapis yang dikenali sebagai Amygdala. Penapis Amygdala berkaitan dengan emosi. Jika maklumat yang disalurkan oleh deria-deria mempunyai elemen emosi positif seperti keseronokan, ketenangan, dan keselesaan, Penapis Amygdala akan menyalurkan maklumat tersebut ke “thinking brain”. Jika maklumat yang diterima diiring bersama emosi negatif seperti kebosanan, ketegangan, dan kecelaruan, maka maklumat tersebut akan dilencong ke “nonthinking brain”.
     Apa itu “thinking brain” dan apa itu “nonthinking brain”? “Thinking brain” ialah bahagian otak yang memproses segala maklumat yang diterima menjadi kefahaman dan memori. Jika maklumat melepasi Penapis Amygdala ke bahagian ini, bermakna berlakulah pembelajaran. “Nonthinking brain” pula bahagian otak yang bersifat bertindak, bukannya memproses. Maka tidak hairanlah jika seseorang itu belajar dalam keadaan kebosanan, ketegangan dan kecelaruan, dia akan lebih mengantuk, tertekan dan tidak memahami pembelajaran, kesan reaksi “nonthinking brain”.

     Oleh yang demikian, untuk membantu memuncakkan lagi kualiti pembelajaran anda, selalulah “have fun” ketika study. Pelbagai cara dapat dilakukan untuk mencipta keseronokan ketika pembelajaran. Antara cadangan WS:
  • Hasilkan persekitaran yang selesa dan ceria. 
  • Tukarkan maklumat ke dalam bentuk lukisan lucu dan berwarna. (taklah bosan baca teks je) 
  • Bermain-main dengan fakta yang hendak diingati. (Contonhya, nak ingat formula a2 = b2 + c2 - 2bc kos A, ingat Abu Jadi Batman Dan Cuba Tolak Dua BeCa RosAk) 
  • Selitkan unsur-unsur humour dan gelak ketawa ketika belajar. 
  • Gunakan permainan untuk membantu pembelajaran. 
  • Senyum dan seronok ketika hendak belajar. 
  • “Refresh” ruang visual agar tidak bosan. 
  • Rehat dan minum air bagi menghilangkan penat dan tekanan.
     Jadi, sentiasa “have fun” ketika belajar. Dengan keseronokan ketika belajar, dapatlah membantu meningkatkan kualiti pembelajaran sekaligus memuncakkan prestasi kita. Panduan ini bukan sahaja untuk para pelajar, bahkan untuk juga para pendidik ketika mengendalikan sesi Pengajaran dan Pembelajaran dalam kelas. Have fun and All the best, guys!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More