Monday 3 November 2008

“Fastaqim ‘ala umirtum”………………..


Assalamualaikum,

Manusia merupakan ciptaan Allah yang terbaik sepertimana yang di rakam dalam Al-Quran di dalam surah At-Tinn. Penciptaan manusia bukanlah suka-suka tetapi penciptaan manusia mempunyai makna tersendiri. Manusia merupakan khalifah Allah di muka bumi ini. Sebagai khalifah sudah pastinya kita di amanahkan dengan tanggung jawab dan melaksanakan tanggung jawab ini semestinya perlu .


Seorang guru pernah berpesan kepada murid-muridnya. Guru tersebut berkata: “Fastaqim ‘ala umirtum”. Ini bermaksub berpegang teguh lah kamu dengan urusan kamu. Murid-murid semua ter Tanya-tanya, apakah maksud kata-kata guru itu tadi. Guru itu kemudian menerangkan: “ wahai anak-anak sekalian, setiap orang di duni ini mempunyai urusan tersendiri. Kita dapat melihat saban hari manusia sentiasa sibuk dengan urusan masing-masing. Tetapi, adakah urusan dunawi kita ini membuatkan kita alpa dan lalai dalam melaksanakan tanggung jawab kita yang lain yang wajib ke atas diri kita? Sebagai manusia kita mempunyai banyak tanggung jawab lain selain urusan seharian kita ini. Antaranya sejauh manakah kita prihatin terhadap urusan kita dengan Allah. Urusan seorang hamba dengan penciptanya. Acap kali, kebelakangan ini, ramai manusia yang mengambil ringan urusan ini walhal urusan ini lah paling penting berbanding denagn urusan duniawi yang lain. Adakah kita telah melaksanakan segala tanggung jawab seorang hamba terhadap penciptanya seperti mana yang di sarankan oleh al-Quran? Seperkara yang perlu kita fikirkan siapakah kita tanpa pencipta kita, hidupnya insan keranaNya, matinya insan keranaNYa, bahaginya insan juga keranaNYa. Tiada urusan paling penting melainkan urusan dengan Illahi, maka sentiasalah dahulukan urusan denganNya.”

Justeru, wahai teman, wahai sahabat, bersamalah kita renungkan, kita datang dariNya, dan sudah pasti kepadaNya juga kita akan kembali. Lalu sentiasa dahulukan lah urusan denganNya selagi mana di beri peluang, sebelum menyesal di kemudian hari. Urusan agama adalah urusan semua, bersamalah kita berpegang teguh dalam urusan agama semoga kita tergolong dalam golongan yang mendapat rahmat. Insyaallah.

Wassalam,

MOHD IKHWAN MOHD JAMIL

03th November 2008

2 comments:

wady awagy said...

urusan seri paduka baginda..
kepada: ko yg baca ni
perkara:
hoi... cepat sikit bayar hutang ptptn.
2. study tu jaga
3. jangan ngorat awek orang
4. pinjam novel bley tak

sekian
wassalam

Anonymous said...

buy valium online valium and grapefruit juice - buy cheap valium in the uk

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More