Tuesday 17 February 2009

Nasihat buat teman

"Assalamualaikum" kedengaran pintu bilik diketuk seraya bergema salam diluar. Aku lalu membuka daun pintu. Berdiri dihadapannya sahabatku azam. "Ya tuan, sila masuk" aku berseloroh. Aku menjemputnya duduk. Nasib baiklah aku sempat mengemas bilik. Kalau tidak macam tongkang pecah jadinya.

"Ape ceritanya, yop? Aku tengok ko ni muram je" aku membuka bicara. Pada awalnya dia kelu untuk berkata, mungkin sedang menyusun kata mengatur idea. Beberapa minit kemudian, azam pun meluahkan segalanya yang terbejat dihati terbuku di sanubari.

"Ko tau kan ape yang berlaku kat aku beberapa bulan yang lalu. Kejadian tu sampai sekarang masih menghantui aku. Tambahan pula, ada pula masalah lain yang menimpa aku. Seolah-olah masalah tu berperingkat-peringkat. Hidup aku sekarang ni senang cerita dah tak stable. aku macam hilang fokus. Aku dah try beberapa cara tapi masih tak nampak sebarang perubahan. Tu yang buat aku pressure. Ko sebagai teman, apa pandangan kau?"

"Hmm...." aku berfikir sejenak. Menaakul fikiran kurniaan Tuhan. " Ok first and foremost, kau kena faham yang ini merupakan dugaan Tuhan. Ujian buat mereka yang beriman. Antara tanda Allah tu sayang kepada hambanNya adalah melalui ujin. Dengan ujian hamba itu akian sentiasa berdoa dan memohon petunjuk daripada Allah dalam menempuh ranjau dan halangan. Seperkara lagi yang ko perlu ingat, setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya. Lagi besar ujin itu, lagi besar hikmahnya di masa hadapan isyaallah. Allah tak akan jadikan sesuatu itu tanpa ada hikmah disebaliknya untuk manusia renungkan dan mengambil iktibar. Jadi ko jangan mudah putus asa tabahkan hati tekadkan usaha mudah-mudahan Allah akan melapangkan dari segala masalah insyaallah. Keduanya perkara yang selalu aku praktikkan adalah sekiranya aku ada apa-apa masalah, aku akan ceritakan dengan seseorang yang aku boleh percayai. Setidak-tidaknya aku dah meluahkan apa yang terbuku di hati. Ini akan mengurangkan sedikit bebanan dan pressure tu insyaallah. Tapi apa yang penting, ko kena tabah dan ikhlaskan hati kemudian fikirkan balik, muhasabah balik apa sebenarnya tujuan dan matlamat ko, barulah ko boleh kembali ke jalan yang lurus" ujar aku sambil berseloroh. Azam menguntum senyuman.

Kesimpulannya, setiap masalah ada penyelesaiannya cuma masa dan ketikanya yang akan menentukan. Yang pasti teruskan usaha dan tabahkan jiwa moga dipermudahkan segala urusan insyaallah...

3 comments:

wady awagy said...

betul tu. buat tak tau jer. anyway kegagalan dulu boleh dijadikan kebanggaan. tau tak

Gen_Sec86 said...

Allah tidak akan menguji seseorang itu diluar kemampuannya..

ni blog saya: http://lydecker86.wordpress.com

Achix said...

Teringat kata2 abg Ikhwan mlm td,setiap kesusahan tu ade jalan keluarnya,cume berapa banyak kesabaran yg kita ada yg menjadi persoalan.

(( فصبر جميل ))

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More