Assalamualaikum, kudoakan semoga kalian semua sejahtera sentiasa dibawah rhmat Illahi insyaallah.
Bahasa merupakan identiti sesebuah bangsa.  Bahasa  melambangkan  budaya sesebuah bangsa.  Ia merupakan tanggungjawab  bangsa tersebut untuk mendaulatkan  bahasa bangsanya. Andai  bangsa tu sendiri mengabaikannya, siapa  lagi yang  akan membela nasib dan memperjuangkan  kedaulatan bahasa bangsa tersebut.
Namun, ini tidak bermakna kita perlu mengabaikan bahasa bangsa lain. Di dunia ini terdapat pelbagai bahasa yang boleh dipelajari malahan ada yang mennadi medium perantaraan antarabangsa. Kita di sarankan mempelajari bahasa lain agar proses komunikasi dapat berjalan lancar tetapi dalam masa yang sama tidak mengabaikan kedaulatan dan keagungan bangsa sendiri.  Seperti yang saya ungkapkan di awalnya, bahasa itu melambangkan identiti bangsa.
Dari perspektif Islam sendiri pun, Islam menganjurkan umatnya untuk mempelajari prlbagai bahasa dalam usaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Hal kerana ilmu merupakan pemangkin kemajuan dan keharmonian sesebuah bangsa.
Justeru, kita ia menjadi tanggung jawab anak bangsa itu sendiri untuk memartabatkan bahasa bangsanya sebagai bahasa kebanggaan dan dalam masa yang sama menggandakan usaha untuk memahami bahasa lain dengan niat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Dalam membuat sesuatu keputusan kita hendaklah melihat perkara itu dari pespektif pelbagai pihak supaya semua pihak dapat memahaminya.
sekian,
Doa Memohon Ampun Kepada Allah
3 years ago
 
 09:18
09:18
 Warkahsiber
Warkahsiber








 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



1 comments:
terima kasih kerana memberi komen dalam edisi ppsmi yang sedang hangat sekarang... idea dan keyakina tuann hamba sememangnya dihargai hamba.
terima kasih
Post a Comment