Wednesday, 29 April 2009

Peace building workshop 2009




Assalamualaikum, semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan diberkati Illahi insyaallah.

Alhamdullillah, keputusan final exam telah keluar. Pada mereka yang mendapat natijah yang baik mabruk diucapkan. Bersyukur kehadrat Illahi kerana rahmat dan inayah dariNya kita dapat memperolehi keputusan yang baik. Kepada sahabat-sahabat yang lain, teruskan usaha mantap dan gigih dalam usaha memburu kejayaan insyaallah.

Pada tanggal 28 April 2009, telah berlangsung program Peace Building workshop yang dianjurkan oleh Bahagian Alumni dan Kerjaya UIAM. Seperkara yang dapat saya ambil atau jadikan pedoman iaitu hidup di dunia ini sentiasa diwarnai fitnah dan tomahan. Hanya yang patuh pada ajaran agama yang menjadi perisai pendinding jiwa. Fitnah adalah satu cabaran yang besar yang perlu di hadapi oleh generasi muslim masa kini. Ia datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Ada yang halus ada yang jelas. Hanya yang peka dan teliti dapat mengesannya berpandukan cahaya agama.

Fitnah mampu mengancam keamanan. Hakikatnya fitnah memusnahkan keamanan. Fitnah mencetuskan konferantasi lalu meletuskan peperangan dan perpecahan seperti mana yang melanda dunia Islam dewasa ini. Umat Islam terlalu leka dan alpa menyebabkan mereka mudah terpengaruh dek desakan dan hasutan musuh-musuh Islam lalu mencetus perpecahan.
Keamanan hanya akan kekal sebagai angan-angan andai fitnah masih berleluasa.
Fitnah ibarat mancis yang mencetuskan api yang marak membakar segala-galanya.

Justeru, generasi Islam hari ini hendaklah bersatu hati berpadu tenaga membentuk barisan ummah ynag mantap dan ampuh menempuh arus tomahan dan fitnah di dunia ini insyaallah.
Sabda Jujungan Mulia: " 'Alaikum bil Jama'ah"

Bersatu mengangkat martabat ummah

sekian.

Thursday, 16 April 2009

Musibah dan muhasabah

Assalamualaikum, ku doakan semoga teman sekalian berada dalam keadaan sihat sejahtera di bawah rahmat dan kasih Illahi insyaallah.

Pak mail dalam perjalanan pulang dari surau seleas selesai solat asar. Dalam perjalanan, tiba-tiba motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas melanggar pokok di tepi jalan. Kejadian itu disaksikan beberapa penduduk kampung ynag berada berhapiran kawasan kejadian tersebut. Mereka membantu mengangkat Pak Mail dan menghantarnya ke hospital.

Apakah signifikasi coretan cerita ini?
Musibah datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. Ada kalanya berat, ada kalanya ringan dan pelbagai lagi. Namun, yang pasti adalah kita sebagai seorang hamba pasti akan merasai perkara ini. Kenapa? Kita sebagai hamba Illahi, pasti akan diuji dengan pelbagai musibah dan dugaan dalam menempuh ranjau kehidupan.

Dengan datangnya musibah pastinya ada hikmah disebaliknya. Musibah itu mematangkan usia, menguatkan jiwa, memantapkan iman dan taqwa. Orang yang selalu diuji tandanya dia amat dikasihi Illahi. Jangalah kita berpanbangan serong andai ujian atau musibah melanda. Anggaplah ia sebagai rahmat dan tanda kasih Tuhan kepada kita. Allah tidak akan mensisihkan ham-hamba ynag dikasihinya.

Seperkara penting yang perlu kita lakukan tatkala dibelenggu musibah adalah muhasabah diri. Pastinya musibah ini ada rahmat disebaliknya. Mungkin musibah ini sebagai kafarah atas salah laku yang kita lakukan suatu masa dahalu atau sebagai ujian menentukan tahap ketaqwaan dan keimanan. Justeru, kita hendaklah tabahkan hati, mantapkan jiwa, teguhkan iman dan taqwa dalam menangani apa jua musibah melanda. Tidak ada seorang yang tidak lepas dari ujian dan musibah. Janganlah kita terlalu takabbur dan bangga diri kelak akan membinasakan kita. Malah, jangalah kita mudah berputus asa andai musibah melanda, sebaliknya kuatkan jiwa tingkatkan taqwa, banyakkan berdoa. Sesungguhnya Allah sentiasa rindu mendengar doa dari hamba-hambanya.

Musibah itu rahmat, tempuhilah dengan tabah dan harungilah dengan muhasabah diri moga kita bertemu jalan yang hakiki insyaallah.

Wednesday, 15 April 2009

Pemuda pemangkin ummah

Pemuda pemangkin ummah

Assalamualaikum, kudoakan moga kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahter di bawah rahmat Illahi insyaallah.

Kita sering mendengar ungkapan generasi hari ini pemimpin masa hadapan, namun sejauh manakah kita memahami maksud yang tersirat disebaliknya. Generasi hari ini terutamanya golongan pemuda bakal menjadi barisan pemimpin suatu hari masa kelak. Memimpin ummah menuju arus kejayaan, menerjah segala cabaran dan dugaan.

Menjadi seorang pemimpin bukan satu perkara yang mudah ada beberpa perkara yang perlu diambil kira dan di beri perhatian. Persoalan yang sering dibangkitkan adalag bagaimana hendak menjadi seorang pemimpin yang berwibawa? Satu persoalan perlu difikirkan dan di renungkan bersama. Di sini saya serta beberapa tips dan panduan hasil dari pembacaan beberapa buku:

• Matlamat dan optimis- tetapkan matlamat dan visi yang ingin di capai agar dapat menjadi panduan dalam merencana segala program dan aktiviti.
• Inspirasikan orang lain untuk menjadi kreatif dan inovatif- merangsang dan mendorong rakan seperjuangan yang untuk menjadi lebih inovatif dan kreatif. Berfikiran lebih terbuka.
• Berani menghadapi risiko- seorang pemimpin perlulah berani dalam menghadapi segala bentuk situasi dan keadaan.
• Mengakui kesilapan yang dilakukan-mengakui kesilapan andai berlaku disebabkan kecuaian diri sendiri.
• Galakkan kerja berpasukan- kejayaan sesebuah organisasi itu terletak pada kerjasa sama di antara semua pekerja. Tanpa kerjasama, maka tidak akan ada kerja berpasukan. Sudah pasti mendatangkan kesan negetif.

Moga kita semua dapat memanfaatkan serba sedikit dari bingkisan warkah ini dalam usaha melatih diri kita menjadi seorang pemimpin yang berwiba insyaallah.

Bersama terus memartabatkan daulah islamiah.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More