Saturday 31 October 2009

Sebaik hiasan adalah wanita solehah

Terciptanya Adam sebagai insan pertama, Nabi yang terdahulu, membuktikan kekuasan Dia yang Maha Esa. Diajar dan dibimbing segala ilmu yang ada, moga menjadi ciptaan yang agung yang mulia. Lalu tunduklah sekalian Malaikat pada kekuasaan Dia yang Maha Esa.

Namun, jauh di sudut hati, terpalit rasa kesunyian, dambakan belaian kasih dan sayang. Lalu hadirnya Hawa melengkapi kekosongan dijiwa. Diciptakannya dari rusuk Adam, moga saling memahami membimbing ke jalan hakiki. Hadirnya Hawa mengisi kesunyian yang ada, mewarnai hayat dengan kasih dan sayang dibawah rahmat Dia yang Maha Esa.

Sesungguhnya wanita itu adalah hiasan agung di dunia ini. Namun sebaik hiasan adalah wanita yang memiliki iman dan taqwa, akhlak mulia pakaian diri, sopan santun hiasan diri, berbudi pekerti amalan sehair-hari. Sesunguhnya wanita itu mampu menggongcang iman dijiwa andai tanpa didikan yang sempurna. Wahai anak Adam, dalam mencari teman yang hakiki, pilih lah mengikut tuntutan Syari’, jangan mengikut pujukan nafsu sendiri. Pandanglah dengan mata iman dan taqwa, jangan memandang dengan mata hati yang melulu. Berwaspadalah, kerana pandangan itu adalah diantara panahan-panahan syaitan. Sesungguhnya dinikahi wanita itu kerana empat perkara: kerana kecantikannya, kerana keturunannya, kerana hartanya, kerana agamanya. Pilihlah kerana agama kerana itu pasti menguntungkan.

Jika ingin teman secekal Hajar,
Jadilah setabah Nadi Ibrahim,

Jika ingin didamping secantik Zulaika,
Jadilah secekal Nabi Yusuf,

Jika ingin isteri sehebat Khadijah,
Jadilah suami seperti Rasullallah,

Sesungguhnya rasa kasih dan sayang itu andai dibina atas dasar keikhlasan dihati, penuh tawakkal pada Illahi, nescaya berkekalan hingga abadi.

Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan semata,
Sebaik hiasan adalah wanita yang solehah,
Sebaik wanita yang solehah adalah isteri misali,
Melahir membimbing zuriat solehi,
Sebagai pewaris agama mulia lagi suci ini,
Terus membela nasib ummah ini,
Dalam mencapai kegemilangan didunia ini.

1 comments:

Naufarhikmah said...

Semoga tenang dalam keabadian. Semoga kita bertemu di syurga Allah.. Amin..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More