Monday 28 December 2009

Kenapakah? Kenapakah? Kenapakah?

Assalamualaikum, semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan diberkati Illahi selalu insyaallah.

Kenapakah ummah zaman sekarang tidak sehebat seperti mana ummah yang lalu?
Kenapakah ummah zaman sekarang mudah diperkotak-katik dan sering ditindas?
Kenapakah ummah zaman sekarang sering ketinggalan?
Kenapakah ummah zaman sekarang buruk akhlaknya, kasar tuturnya dan berpecah-belah?


Itulah persoalan yang sering memeningkan kepalaku ini. Islam itu agama yang kuat, sempurna dan maju. Namun kenapa perkara ini berlaku?

Tatkala mindaku berputar-putar mencari penyelesain kepada segala persoalan ini, terlintas difikiranku akan kata-kata dari seorang ustaz yang aku dengar dari corong radio suatu ketika dahulu.

Beliau mengatakan bahawa Rasullallah pernah bersabda mafhumnya:
"Pada akhir zaman nanti, ummah Islam akan dikelilingi oleh musuh-musuhnya dari segenap pelusuk, seperti orang yang kelaparan yang mengelilingi makanan yang terhidang. Sahabat bertanya, kenapakah hal ini berlaku, adakah sebab bilangan kami sedikit? Rasullallah menjawab, tidak, bilangan kamu ramai tetapi ibarat pasir yang ditiup angin. Sahabat bertanya lagi, bagaimana boleh berlaku begini? Baginda s.w.a menbalas kerana Allah telah mencabut rasa ta'ajub dan gerun dari hati musuh-musuh kamu terhadap ummah Islam. Sahabat bertaya lagi, kenapa? Baginda s.w.a. membalas kerana ummah zaman itu terlalu sukakan dunia dan takutkan mati."

Memang benarlah seperti mana yang diungkapkan oleh Rasullallah. Lihatlah bertapa sukanya ummah akhir zaman ini kepada dunia hingga melupakan tanggung jawab sebagai seorang muslim. Mendahulukan urusan duniwi melebihi urusan ukhrawi. Agama diabaikan. Cuba kita lihat, berapa ramai diantara ummah Islam zaman ini mengimarahkan masjid dan majlis-majlis ilmu seperti mana mengimarahkan konsert dan pusat membeli-belah. Azan yang berkumandang hanya ibarat halwa telinga, tidak diambil peduli dan diendahkan. Tuntutan syariah diabaikan, tetapi tuntutan dunia sering diagung-agungkan.

Seperkara lagi, zaman sekarang banyak produk-produk yang dihasilkan untuk mengatasi proses penuaan. Terlalu asyik hendak mengejar kemudaan membuatkan seseorang itu leka dan lalai. Di fikirannya akan terlintas " aku masih muda lagi" walhal umur sudah menjangkau 40-an. Ini lah tanda-tanda takut kan mati sebab terlalu asyik dengan dunia. Leka dibuai nikmat dunia yang hanya sementara. Sememangnya Islam menganjurkan ummatnya untuk menjaga penampilan diri, tetapi dengan niat untuk mengagungkan kekuasaan Illahi dan sentiasa mengingatinya bukan melupainya. Terlalu mengajar kejelitaan hingga amal ibadat tunggang-langgang.

Seperkara lagi yang paling menyedihkan adalah kita dapat lihat dewasa kini, keruntuhan akhlak terutamanya dikalangan muda-mudi amatlah ketara sekali. Walhal, akhlak mulia adalah teras dalam pengajaran syariah islamiyah. Lihat sahaja banyak kes-kes berlaku saban hari seperti khalwat dan penzinaan berleluasa, perjudian bermaharajalela, riba bertaburan sini-sana, dan berbagai-bagai lagi. Inilah tanda-tanda akhir zaman. Maksiat berleluasa tanpa kita boleh berbuat apa-apa. Manakah silapnya? manakah salahnya? Pokok pangkalnya kembalilah kepada ajaran Islam yang sempurna sebelum terlewat.

Akhir kalam, aku ingin berkongsi satu ungkapan dari ulama:
"Tiada kemenangan kecuali dengan adanya kekuatan, tiada kekuatan kecuali dengan adanya perpaduan, tiada perpaduan kecuali dengan adanya nilai-nilai murni(akhlak), tiada nilai-nilai murni kecuali dengan adanya agama ini (Islam)"

Kuseru pada sekalian muslim diseluruh alam ini, kembalilah pada ajaran Islam, padanya tersemat seribu satu rahmah dan maghfirah.


p/s: hadis di atas itu boleh dirujuk kembali dalam sahih bukhari dan muslim untuk kepastian.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More