Friday 5 August 2011

Persoalan: Berjamaah Witir Biarpun Tarawih Hanya 8 Rakaat?

     Assalamualaikum..Solat Witir adalah amalan sunat yang paling dianjurkan lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadhan. Lazimnya, solat witir akan penjadi penutup kepada solat Tarawih yang dikerjakan bersama-sama.  Sememangnya dituntut untuk menunaikan witir berjamaah, tetapi bagaimana mereka yang bersolat Tarawih 8 rakaat untuk menunaikan solat Witir berjamaah? Selalunya mereka akan menunaikan secara individu apabila selasai solat Tarawaih 8 rakaat. Kan elok berjamaah. Tapi, macam mana?
     Kaifiyyat untuk menunaikan solat Witir berjemaah sangatlah mudah. Yang biasa dikerjakan ialah solat Witir 3 rakaat dengan 2 salam. Untuk itu, apabila selesai 8 rakaat, bangun bersama jamaah lain untuk meneruskan solat. Tatkala imam berniat solat Tarawih, maka ubah niat kita menjadi solat Witir sebagaimana “Sahaja aku solat sunat Witir pendahuluan 2 rakaat mengikut imam kerana Allah”. Adalah dibolehkan solat bersama biarpun berlainan niat dengan imam.

     Selesai sahaja rakaat kesepuluh dengan salam dan selawatnya, masih dalam saf yang sama, sekali lagi bangun bersama imam untuk rakaat berikutnya. Tatkala imam mengangkat takbiratul ihram dengan niat Tarawih, sekali lagi niat kita diubah menjadi “Sahaja aku solat sunat Witir 1 rakaat mengikut imam kerana Allah”. Turutlah imam sehingga ke sujud kedua. Apabila imam bangun daripada sujud dan terus berdiri untuk menyambung rakaat seterusnya, maka hendaklah kita berniat “mufaraqah” iaitu berpisah dengan imam, lalu kita duduk tahiyyat akhir. Biarlah imam dan jamaah yang berdiri meneruskan rakaat seterusnya, kita selesaikan tahiyyat. Usai tahiyyat, maka teruskanlah dengan doa kita.
     Mudah bukan? Dengan kaifiyyat ini, dapat juga kita bersolat Witir berjamaah walaupun sekadar menunaikan 8 rakaat. Sama ada Tarawih 8 atau 20 atau 36 rakaat, betul semuanya. Yang tak betul ialah yang tak buat langsung! Dan, jangan lupa niat puasa lepas itu. Sempurnakan amal Ramadhan anda, jadikan Ramadhan ini Ramadhan terhebat. Hebatkan diri anda melalui anugerah Ramadhan.

*Dipetik daripada Kuliyyah Ramadhan oleh Al Fadhil Dato' Syeikh Abd. Hamid b. Md. Tahir, 
  DSDK., AMN., AMK.

Hustle up and be GREAT!
Salam transformasi daripada Warkahsiber.

1 comments:

Anonymous said...

Wonderful items from you, man. I have take into accout your stuff prior to and
you're just too great. I really like what you have obtained right here, really like what you're saying and the way in
which in which you say it. You make it enjoyable and you still care for
to stay it sensible. I cant wait to learn much more from you.

This is actually a wonderful web site.

Check out my weblog ... vakantiehuis frankrijk

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More