Tuesday 16 August 2011

Berkawan? Tips Saidina Ali

     Assalamualaikum..Jika dilihat pada jumlah “Friends” yang ada di Facebook kita, wah, ada yang sampai beribu-ribu. Ada yang sudah sampai 10 ribu “Friends” mereka. Dalam kita mengejar jumlah “Friends” yang ramai ini, ingatlah bahawa personaliti kawan-kawan kita sebenarnya mencerminkan personaliti kita. Sebagai contoh, jika anda seorang pelajar, sebahagian besar daripada anda adalah daripada golongan pelajar. Jika anda seorang yang “happy go lucky”, anda lebih selesa berkawan dengan mereka yang berperwatakan sama. Kita hanya akan selesa dengan kawan yang “sekepala” dengan personaliti dan pembawakan diri kita. Jadi, untuk mengenal siapa kita, tengok lah siapa kawan-kawan kita.
     Dalam menjalinkan persahabatan, kita haruslah bijak mencari kawan. Istilah seperti “Harapkan pagar,pagar makan padi” serta “tikam belakang” adalah antara gambaran kesan jika tersalah memilh kawan. Bukan sahaja melambang personaliti kita yang tempang, bahkan menyusahkan kita di kemudian hari. Ketika anda di sekolah, kampus ataupun tempat kerja, anda dikelilingi beribu-ribu orang yang berpotensi untuk anda jadikan sebagai kawan, tetapi awas, pilihlah mereka dengan betul. Untuk membantu kita memilih kawan-kawan, jom kita tengok pesanan Saidina Ali kepada anaknya, Hasan.

      
     “Yang pertama, jangan sekali-kali engkau berkawan dengan orang bodoh, kerana jika dia ingin menguntungkanmu ternyata dia akan mencelakanmu. Kedua, jangan bersahabat dengan penipu kerana dia akan mendekatkanmu sesuatu yang engkau jauhi dan menjauhkan sesuatu yang engkau dekati. Ketiga, jangan bergaul dengan seorang yang kedekut kerana dia akan menahan segala yang engkau perlukan. Terakhir, jangan jadikan penderhaka sebagai rakanmu kerana dia akan menjualmu dengan harga yang sangat murah!”
     Dalam riwayat tersebut, empat kategori kawan yang dilarang  oleh Saidina Ali untuk kita berkawan kerana mereka lebih mendatangkan keburukan daripada kebaikan kepada kita. Jadi, pilihlah:
  1. Kawan yang pandai: Mereka akan banyak membantu kita dalam menghadapi hidup seharian. Jika anda tidak memhami pelajaran, dengan bantuan mereka, anda akan lebih faham. Jika anda kebuntuan menyiapkan “proposal” anda, dengan kelebihan intelek mereka dapat membantu anda menghasilkan “proposal” yang hebat. Berkawan dengan mereka yang pandai ternyata lebih menguntungkan anda.
  2. Kawan yang jujur: Mereka yang jujur akan mendatangkan lebih banyak kebaikan dalam hidup kita. Mereka tidak menipu kita, mereka tidak mempermainkan kita dan mereka lebih menghargai anda. Jika anda kesilapan anda, lanta ditegur mereka, menjadikan kita lebih baik. Jika anda dilanda kesusahan, pantas mereka menghulurkan tangan membantu anda. Ini kerana mereka ikhlas dan jujur berkawan dengan anda, dan bukannya mengharap balasan material dalam bersahabat.
  3. Kawan yang pemurah: Mereka yang pemurah banyak menghulurkan bantuan dalam segenap bentuk bantuan, sama ada wang, tenaga, masa dan segalanya untuk hajat anda. Mereka tidak kering dengan sokongan moral dan motivasi membantu anda mendapatkan apa yang anda cita-citakan. Kawan yang kedekut akan banyak menghalang anda mendapatkan hajat anda. Sebagai contoh, jika anda mengidamkan “Apple IPad” dan bekerja keras untuk mendapatkannya, mereka pastinya berat jika anda meminta sedikit bantuan mereka. Ayat mereka “Mahal tu, membazir” ataupun “Ambik yang murah je”. Dah terbantut hasrat guna "IPad".
  4. Kawan yang setia: Mereka yang setia dengan anda sesekali tidak akan “menjual” atau menikam anda dari belakang untuk memenuhi hajat mereka. Tatkala peluang terhidang di hadapan anda, mereka memotong jalan anda. Ataupun, tatkala mereka di dalam kesesakan, mereka lantang menunding jari dan “menjual” anda untuk melepaskan diri. Inilah masalah yang paling kerap dihadapi ketika berkawan. Kawan selalu “cilok” anda. Jika ini terjadi, pastinya mengancam keharmonian persahabatan anda.
     Jadi, pilihlah dengan sebijaknya kawan-kawan anda. Kawan yang baik nyata lebih membawa bahagia dan kesenangan dalam hidup anda, kawan yang sebaliknya bakal membuatkan hidup anda penuh dengan kepayahan. Ingatlah “Jika anda bersahabat dengan penjual minyak wangi, anda akan mendapat wanginya. Jika anda bersahabat dengan pembuat besi, anda akan terpalit baunya.” Kawan yang hebat menjadikan anda lebih hebat!

Hustle up and be GREAT!
Salam transformasi daripada,

4 comments:

Cik tikah said...

yg penting, berkawan dgn org yg baik2 :)

Warkahsiber said...

Betul,betul,betul,Cik Tikah..=)..

Abe Goreng said...

Nice share bro. Susah skrg nk cri kwn yg btol2 kwn. Byk yg jenis kwn bila berduit je, time kayap sorg pun xnmpk.Hehe.

Cara Elak Disaman Polis!!!

Anonymous said...

Getting that degree might have appeared like hard work[url=http://www.coastdress4sale.co.uk/index.html]coast dresses outlet[/url] Press down harder on the gas and give your all[url=http://www.coastdress4sale.co.uk/index.html]Coast Dresses[/url] The cloths line to the Aiviq snapped againThis makes it much simpler to snag the jug lineAnyone wise you will pack brown

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More