Sunday 20 November 2011

54 Peratus Remaja Perempuan Terdedah Kepada Gangguan Seksual

     Georgetown: Kira-kira 54 peratus daripada 100 remaja perempuan kini terdedah kepada gangguan seksual menerusi laman sosial yang boleh menjurus kepada kepada kejadian rogol dan pergaulan bebas. Melaui kaji selidik mengenai Kesedaran Siber: Arif dan Selamat yang dijalankan Pusat Kesedaran Wanita (WCC) mendapati 98 peratus remaja berkenaan mempunyai telefon bimbit dan 81.3 peratus daripadanya mengakses Internet di rumah.
     Pengurus Program WCC, Dr Prema Devaraj, berkata kaji selidik itu dijalankan tehadap 100 remaja perempuan dari 11 sekolah di daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dan daerah Timur Laut (DTL) yang berusia antara 15 dan 17 tahun. Dr Prema berkata, hasil kaji selidik berkenaan menunjukkan setiap 8 daripada 10 pelajar itu menerima system pesanan ringkas (SMS) atau panggilan daripada mereka yang tidak dikenali manakal lebih separuh daripadanya pernah berbual dengan orang yang tidak dikenali di laman sosial.

     “Situasai ini agak membimbangkan apabila gadis kini sangat mudah berhubungan dengan orang yang mereka tidak tahu latar belakangnya dan risiko perlakuan atau penderaan seksual itu terbukti berpunca daripada Internet kerana 17.3 peratus responden pernah keluar bersama selepas mendapat panggilan atau SMS daripada orang yang tidak dikenali. “
     Selain itu, 38 peratus daripada responden pernah berbual mengenai seks dengan orang yang tidak dikenali ketika berinteraksi di laman sosial mereka dan 29.6 peratus daripadanya pernah diajak melakukan hubungan seksual melalui SMS atau perkhidmatan pesanan multimedia (MMS). 

*Dipetik daripada:Harian Metro, 19 November 2011, halaman 40.
 Berhati-hatilah remaja sekarang. Pelbagai cabaran menyerang dari segenap penjuru hidup. Yang penting, peliharalah maruah diri. Usah jadikan maruah sebagai dagangan. Sekali tercalar, selamanya anda terhina. Usah jerumuskan diri dalam lembah maksiat dan noda. Ingat Allah,ingat pesan RasulNya, ingat pesan ibubapa anda. Atas nama cinta tidak menghalalkan perlakuan zina, tidak menghalalkan perlakuan maksiat. Jika demikian pintanya, ternyata cintanya hanya pada tubuh dan nafsu bukan berasaskan iman. Anda nilaikan.

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

2 comments:

nurhamizatulzullraooh said...

memang saya pernah mengalaminya.. orang yang tak kenal telefon nak cakap dengan orang ni dah beritahu bukan,salah nombor dan beri peringatan jangan telefon nombor saya lagi tapi tak faham bahasa masih juga menelefon malas nak layan jadi saya silent mode je telefon saya ni kalau ada sms atau panggilan ia akan berkelip-kelip selagi tak tengok selagi itulah berkelip-kelip dah tahu kalau ada sms atau panggilan..kalau dalam laman sosial pula nampak macam lain saya takkan layan terus padamkan id diorang

Warkahsiber said...

GREAT! Tindakan hebat dan bijak..Usah dilayan mereka ini, nanti bahaya diri..=)..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More