Sunday 13 November 2011

Surat Rasulullah Kepada Hercules

      Assalamualaikum..Ketika hayat Rasulullah, baginda begitu gigih menyebarkah dakwah Allah ke serata alam. Matlamat mendaulatkan agama Allah di muka bumi sentiasa menjadi asas kepada perjuangan baginda. Lantas, baginda pernah mengirimkan sepucuk surat kepada pemerintah Rom, Hercules sebagai salah satu agenda dakwah baginda. Apa yang ditulis baginda? Jom kita tengok surat surat baginda:
     "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Pesuruh Allah kepada Hercules Pembesar Rom, salam sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Seterusnya, aku menyeru kamu dengan seruan Islam, terimalah Islam nescaya kamu selamat. Allah akan memberikan kamu dua ganjaran. Jika kamu enggan, kamu menanggung dosa rakyat bawahanmu.
     Kemudian baginda menulis firman Allah (maksudnya):”Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang sama antara kami dan kamu; Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (ahli kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam” –Ali ‘Imran: 64." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

      Isi utama surat beliau ialah sesiapa yang menghalang kebenaran daripada tersebar, maka dosa segala orang-orang di bawahnya dan yang dihalangi daripada menerima kebenaran akan ditanggung olehnya. Masyaallah. Bayangkan betapa ramai yang sanggup memesongkan dan menyembunyikan kebenaran hanya kerana ketamakan harta, kuasa, kepentingan politik dan kepentingan peribadi. Berhati-hatilah. Dosa kita sendiri pun sudah tak terhitung, inikan pula menanggung dosa orang lain. Berkatalah benar walaupun pahit.


Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

3 comments:

hdn952 said...

Info yang bagus...
dapatkan kamus online - http://cloakedlink.com/usgiaxlcdl

Haszrol said...

terima kasih...

Warkahsiber said...

Sama2..Terima Kasih kerana sudi mengunjungi Laman Motivasi #1 Anda..=)..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More